Selamat pengantin baru


6 Dis 09, Zai (kiri) menyambut tetamu dari Melaka. Sebab?


Pada 6 Disember 09, di Kpg Baru, KL, ada majlis perkahwinan anak lelaki dia. Lihat bapak pengantin, Hamzah (my adik sepupu) sibuk talipon sana sini. Alahai, Hamzah dan Zai....muda lagi dah dapat menantu! Tahun depan, InsyaAllah, dapat gelaran Tok dan Nek (Muda) :)


Ini dia pasangan pengantin: Bridegroom, Kpg Baru(KL) + Bride dari Labu (N9).Senyum riang!
Meriah sungguh!!!!
Tema Gold


Seminggu kemudian di Batu Pahat. Hjh Zaharah (kakak JY, my SIL, kami panggil dia Mak Cuk)) , suami dia, Hj Pak Man (dulu panggil Pak Man), dan anak gadis mereka, Azu, posing gembira. Sebab?


..... Pak Ji dan Mak Ji dapat menantu dan Azu dapat kakak ipar pada 13 Dis 09,
Batu Pahat (Johor) + Langkawi. Senyum malu nampaknya pengantin
Tema : Maroon

Sekarang ni penganjur majlis kahwin (tuan rumah lah) siap tetapkan warna tema majlis perkahwinan. Ada unggu, gold, cokelat, maroon, biru dsbnya. So,semua peralatan seperti pelamin, hiasan, goody bag, bunga telur ikut warna tema. Cuba tengok hiasan 'scallop' pada canopy (dulu panggil khemah). Yang KL, gold. Yang BP, maroon. Dan, dengar-dengar yang akan datang pulak, dah di tetapkan warna silver (teringat Lone Ranger 'Haiyo Silver!!!) . Jadi tetamu yang datang tahulah yang pakai baju sedondon silver tu ahli keluarga pengantin. Dulu-dulu tak adakan warna tema-tema ini kan?

PS: Tahun 2010 kena bersiap-siap. Ada beberapa orang lagi suku sakat nak kahwinkan anak. InsyaAllah.

8 comments:

  1. salam kak nora,
    melihat gambar rumah saudara kak nora, saya dpt agak dimana. Dulunya nama jalan tu Jalan Hale... dekat simpang Jln Raja Uda.. tepi sungai...Saya 27 tahun tinggal di kg baru.. sejak lahir... rumah saya betul2 depan sekolah rendah jln raja muda. tapi jiran2 yg saya kenal hanya sekitar jln raja muda... jalan hale, saya tak kenal.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nora,

    Sana sini ada kenduri kawen, letih bekejar!

    Memang sekarang ada tema warna. Pak Cik Suami saya punya kenduri kawin anaknya dulu bertema hijau, sampai air sirapnya pun warna hijau!

    ReplyDelete
  3. Salam Hajah Rahmah,
    Ye tepat sekali lokasi itu. Jalan Raja Muda, dulu, Princess Road. Dulu semasa saya bersekolah di SAB, saya tinggal di Jalan Hale tapi rumahnya rumah melayu, papan.

    ReplyDelete
  4. Salam AY,
    Selain tema warna, ada tema majlis pula: garden, jawa, kampung.....

    ReplyDelete
  5. kak nora,
    kak nora masih ingat tak dekat deret rumah saudara kak nora di jalan hale dulu ada satu makcik yg agak terganggu mentalnya... saya dan emak saya suka melayan makcik tu... dia okay ajer pada kami, saya kesian beul kat dia. rasanya sampai akhir hayat dia tinggal situ...

    ReplyDelete
  6. Salam Hajah Rahmah,
    Ingat, Dia tinggal sorang2.Kita panggil dia Nenek Seberang, sebab tinggal di seberang sg bonus.

    ReplyDelete
  7. kak nora,
    sekali lagi saya nak bertanya,
    selang dua rumah dari rumah saya, ada rumah inspektor.. namanya inspektor ghani.. memang terkenal. Dia ni adik beradik suami datuk aisyah ghani. orang melaka... kak nora kenal? atau bersaudara?

    ReplyDelete
  8. Salam hajah,
    Tak kenal. Waktu kami masih budak-budak dulu suka sangatlah ke kampung baru masa cuti sekolah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.