Mini mini mo


plain mini mini mo dalam kukusan


terbalikkan dia......nampak taburan anika warna?

Salam semua,
Saya dan kakak baru balik makan mee rebus ( istilah orang Melaka untuk mee kari) for lunch di sebuah warung di Malim. Sedap mee rebusnya tapi kakak kata lain kali kena bawa asam limau sendiri sebab dia beri sehiris kecik aje. Okeylah sebagai marketing manager 'What's Baking, Kak N?' saya nak share apa my sis bake pagi tadi. Tengok gambar di atas......telentang tak berseri, terlungkup warna warni. Kek Kukus Mini nama yang diberi. Nak cuba?

Bahan-bahannya
A 250 gm mentega
170 gm gula perang

B 6 biji telur
1/2 cmteh esen vanila

C 175 gm tepung (ayak dahulu)
1 cmteh 'double action powder'

D Campuran buah-buahan kering

Cara-caranya

1.Pukul bahan A hingga sebati.
2.Masukkan bahan B, satu persatu, pukul hingga kembang.
3. Masukkan bahan C, gaul hingga rata
4. Sapu acuan dengan minyak, tabur campuran buah-buahan kering, sudukan adunan ke dalam acuan
5. Kukus selama 20 minit.

Selamat mencuba :)

Ps. Dia nak bawa 'si mini' ke kelas mengajinya petang ini.

3 comments:

  1. nak nak nak....

    sedekah lah sikit kat orang sakit ni Kak N...cian saya ni....

    ReplyDelete
  2. ayoooo..sudah pakai aziz punya nama laaa..sori sori...hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam Ezzah,
    Dah baik tangan kiri tu? Sedekah resepi tapi kalau nak rasa air tangan kak N, mai BC.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.