Salam 2 all,
CPU buat problem lagi. HDD bawa masalah lagi. Sedihnya. Kecewanya. Sebab dah agak lima kali pergi 'klinik'. 'Ini baru ujian kecil' kata JY. Ingat nak beli aje CPU baru kalau beginilah kisah HDD ku. Isunya baru satu tahun usianya, habis 1 tahun warranty, buat hal pula.Tak ape, mari kite try anak muda ini. Try 'air tangan'nya pula. Kalau buat hal lagi, tahu lah apa nak buat. Jon (namanya)tinggal selang dua rumah di belakang rumah BC. Anak jiran (ada kaitan saudara) yang rapat juga. Kerjanya, (baru tahun ini)technician di sebuah syarikat comp di bandar Melaka. Mengikut mama si Jon, syarikat ini pada mulanya 'tak caya' pada si Jon. Jon tunjukkan bukti. Syukur, Jon diberi ilham dan dapat 'merawat' komputer-komputer yang 'sakit'. Kata Jon dia tak ada kelulusan komputer yang formal tapi ikuti kursus komp 'sendiri-sendiri' , bertanya, memerhati . 'Yang penting ada minat', katanya. (Sounds familiar to me!).Jiran-jiran dan kenalan minta bantuan Jon bila ada masalah teknikal comp. Waktu rihatnya, Jon 'merawat' komputer sakit di rumahnya. Sekarang, waktu saya buat posting ini, nampaknya HDD berjalan dengan lancar. Terima kasih Jon. Dia tak nak ambil upah, 'sikit aje'(kalau hantar kedai beberapa ringgit sudah tentu melayang ) tapi saya berilah juga sikit sebagai 'pengeras''untuk beli roti canai dan teh tarik di warung sebelah. First attempt, nampaknya 'air tangan' Jon boleh dipercayai. Tahulah sekarang di mana 'klinik' yang dekat, di belakang rumah saje!!!Syukur,pengguna-pengguna komputer ini di rumah BC (seperti Ms Hart, Iman, Amal, Iddin, MrSor) mengharapkan tak akan berlaku lagi gangguan. Boring tau kalau komputer rosak!
Moral cerita: Kalau ada minat, usaha serta tekun, semua boleh jadi. Tak perlu kelulusan tinggi untuk berjaya. Banyak sudah contoh, bukan?
salam hajah,
ReplyDeletesenanglah ada jon yang boleh merawat computer tu...zaman sekarang ni tak leh kalau tak dak computer, tak dak tenet!
kak
ReplyDeletesaranan akak saya setuju 100 percent!
Salam hajah zainab,
ReplyDeleteBingung dibuatnya.
Salam Ezzah,
ReplyDeleteMinat kalau tak ade usaha tinggal angin lalu je.