Salam semua,
Pagi Khamis yang lalu memang buat saya bingung dan kecoh. Saya nak sediakan wang untuk bayaran tong gas. Tengok kat kaunter dalam bilik saya , eh, mana pergi purse (dompet, kata orang melaka) saya bawa ke pasar tadi? Buka laci, tak ada. gelidahsusunan buku, pun tak ada. Eh? Mana saya letak? Sudah mula risau tapi buat dek aje. Pergi ke kereta. Puas tengok sana sini, tak ada. Tambah risau lagi. Dalam purse tu adalah some dollar, dan yang penting IC dan driving license!!!! Duit hilang I don't mind but kehilangan kad pengenalan dan lesen memandu buat saya gelisah. Punyanya nanti buat laporan, ambil gambar, pergi ke pejabat. Isi borang, ke JPJ lagi, oh tidak, kena denda lagi...........ya Allah mana dia purse saya? Tanya budak-budak kat rumah?Nampak purse nek Lang? Tak nampak pun. Lalu saya buat offer "siapa jumpa purse nek Lang, dapat RM50.00". Cik Imani kita mula lah gelidah kereta. Hampa. My sis pun tolong cari. Mshart pun bantu. Mungkin tercicir kat parkir(parking) di pasar. Jom cuba cari. Mungkin dah hilang lah tu. Tapi pergi juga. On the way, saya beritahu my sis, last sekali saya guna purse tu waktu berhenti di kedai simpang (AH heng) untuk beli paper,surat khaba. Jadi tak tercicirlah tu. Mesti dalam kereta. Tak jadi ke pasar. Patah balik ke rumah. Gelidah lagi kereta. Tak ada. Pergi ke pasar semula.(Dah tahu 100% tak ada but just in case). Tanya penjaga parkir. Tak ada. Saya keliru dan bungung, mungkin ,my subconscious kata saya buka purse untuk keluarkan duit. (Pagi tu saya baru ambil ubat batuk. Bingung + keliru).Kakak kata buat solat hajat. Balik rumah, terus saya ikut nasihat kakak. Minta Allah tunjukkan saya barang yang hilang, mana letaknya purse saya. Sudah itu saya ke kaunter semula. Mata saya tertumpu kepada satu benda.Dan ...jeng,jeng, jeng........tu dia purse saya. Iddin gunakan sebagai alas untuk charger game boy dia!!!!! All this while dia ada kat situ. Iddin senyum aje. Mana dia nak tahu. Terus saya buat sujud syukur
Allah telah mendengar permintaan saya. Syukur Alhamdulillah. Sukanya hati!
Memang kecoh pagi tu. Malam tu saya belanja the BC gang and the kids' choice ...of course...P***aH*t
selalu centu kan...
ReplyDeletemak acik pun bebaru ni kalut biler carik ubat dia tk jumpa..so, dia just anggap tetinggal kat umah di kamfung...terus dia batalkan berayer di ptjaya...sbb mikir udah lama tk makan ubat drh tinggi dll..
bila balik kamfung, geledah2 punyer geledah, tk jumpa...
last2 carik balik kat umah acik...huhu...ader rupernya...ubat tu menyorok gamaknya..
well, wateva happen, smua nya ada hikmah kannnzz..
so that,the BC gang and the kids' dpt makan P***aH*t ....heheh
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteiddin oh iddin..nasib baik neklang ni baik hati, kalau acik ni dah kena piat telinga kamu ni..hahaha
ReplyDeleteSalam Acik,
ReplyDeleteApa-apa pun jangan gelabah, bertenang, berdoa dan bertawakkal.
Ezza,
ReplyDeleteBila tanya dia, nampak tak purse nek lang, dengan innocent dia kata tak . Dia tak tahu benda yang menjadi alas charger bateri ru yang dicari-cari. Saya tak piat telinga dia, saya peluk lagi ada.
kak nora,
ReplyDeletesyukurlah kak nora tak kehilangan barangan penting macam i.c. dan driving license..nak menggantinya yang paling leceh kan.....
Dear hjh rahmah,
ReplyDeleteItulah yang paling runsing sekali. Leceh nak go all over again. IC pulak tu!!!
Salam Hajah,
ReplyDeleteTentulah risau bila hilang purse...IC & driving licence yg penting mcm hajah ckplah...nasib ada kat umah dgn selamatnya..rezeki budak2 dpt makan pizza!
Salam hajah,
ReplyDeleteUjian....