Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

Tergendala juga

Salam.
Sah, memory stick saya ada virus.
Avira dah sahkan, dia blocked
'for your safety'
katanya.
So teman-teman,
nampaknya tergendalalah kerja-kerja loading
nak tunjuk suasana jerebu sekitar rumah,
nak kongsi lauk pauk enak jamuan kecil-kecilan dua tiga hari ini,
nak pamer 'pintu gate' baru pengganti yang lama.
Nak tanya.....
macam mana memory stick boleh diserang virus?
Sesiapa boleh bantu?
 Hu, Hu, Hu, sedihnya...
Nampaknya kena dapatkan MS yang baru.

Terbang

Salam

Hari ini, Sabtu,
saya nak terbang ke langit biru
terapung-apung bersama awan putih kelabu.

Banyak dah rumah saya singgah.
Di My Stories,
Oooh bestnya cerita tuan empunya
Jalan-jalan sambil menyelam minum air
Ke London, Paris, Glasgow
Bila pula saya ke sana???

Singgah di Nukilan
Tuan empunya suka cerita fasal pokok dan buah-buahan
Alam semula jadi sangat rapat dengan jiwa,
Sekarang dah popular, 'I Follow' sudah bertambah
Bila lagi saya nak singgah ke rumah sebenau nya?
Asyik 'kenen-kenen' saya dalam komen.

Singgah juga ke rumah Di sepanjang jalan
Terror rupanya Aunty ini
Masa remaja belia suka bersukan
Ada ceritanya mengeluarkan perasaan
Beliau tunggu tarikh persaraan.

Singgah lagi ke rumah bilakukenangkenangkan, nun kat Kelang.
Sekali jumpa puan empunya, dah mesra, macam saudara lama tak jumpa
Partnernya pun kelakar nak gila
bila ku baca blognya, pasti senyum dan ketawa
Memang menghiburkan,
ol'rascal, you!

Akaktoo tahu tidak saya singgah ke rumah
Nak tau kisah opis yang dia tak boleh miss
Atau cerita food adventure
Bersama suami tercinta dan anak-anak daranya
Apa macam, akak, breakfast di mana?

Lagi rumah di BBB, Tadika Aulad
Banyak storimori yang mencuit hati
Cerita kisah sehari-hari
Cerita sekolah, resepi dan famili.
Saya baca ulangkali kali,
Memang mencuit hati.

Lagi mana saya singgah?

Oh rumah ...
Cg Ahmad Humairi, suka berkata maksud berlapis
Kaseh, lemah lembut penuh ilham,
Aku dan Duniaku, penuh semangat kisah nak slim
(boleh ke macam ziana zain??)
PDKM, melihat terkini kisah di Mekah al Mukaramah
KRTS, bersemangat memberi motivasi
tasekM, telatahnya mengingatkan saya kepada seorang rakan
Tak lupa Lupakanye, meluah perasaan hati
Asam Garam Kehidupan, high spirited teacher,
Aida Ali, GB yang patut dicontohi
Ummi_Soleha, pandai berperi-peri,

Erna, Azie, IM, Penjejak Maya, dan sesiapa lagi, jangan berkecil hati
Ada akak pergi.
Saya singgah juga ke teratak kawan-kawan lain
yang ada kaitan' sepusat sepusing'
Apa lagi ke rumah PHLP dan ms hart
saudara terdekat


Itulah kerja saya setiap hari,
Mesti terbang singgah sana sini
Di langit biru menghiburkan hati.
Buang masa???
Taklah, kan saya seorang pesara :=)








TQ tM

Salam. yes, tM is her blogger name
Dah lama saya tercari-cari sifu yang boleh guide saya cara nak download video dari YT. Mujurlah tM ada special posting "Entri Khas untuk Kak Ash'
Akak tumpang , ye tM.
Walaupun banyak kali cuba, step-by-step, akhirnya akak berjaya, juga..
TQ, tM

Itulah sayang...

Saya

Macam mana?

Salam.
Ini laptop kakak. Saya pinjam. Nak load gambar. Tak tahu cara. Kakak tak de sebab dia tinggal 'transit' di rumah jiran di BC. Kan rumah famili under renovation? Saya? Tinggal sementara di rumah MsHart di PT. Kenapa kakak di BC? Mudah nanti dia nak monitor 'pembinaan' rumah. Apa-apa problem, kontraktor contact dia. Tadi dia di PT. Nak tunjuk saya cara nak load gambar. Tapi saya pula, tak berapa sihat. Selesema tapi sekarang dah okey. Dah lama saya tak kena selesema. Hari ini cuaca agak panas dan saya makan durian. Kan musim sekarang. Pagi tadi lepas breakfast di Mini Malaysia, kami drove at the countryside (kampung lah tu) through Bemban to Air Molek. Durian Air Molek, best. Tapi saya tak makan banyak, 2,3 ulas aje. Isi durian tebal, manis. Ooooooh, baunya semerbak, mencucuk hidung dan meninggalkan bau yang melekat di tangan. Bila dah cucuk ke hidung tu, mulalah bersin dan bersin dan bersin. Dah telan T**Life, dah kunyah vitamin C, dah ambil Cl*****se, dah minum air suam berulangkali......syukur....dah kering hidung saya. Baru lega. Tapi macam mana nak load gambar ni? Program pada PC kakak asing bagi saya. MsHart pun tak dapat bantu. Nanti lah saya guna pula laptop MsHart. Mungkin boleh.

Terkini: Malam.Sekarang sedang cuba nak download guna lappy MsHart (my niece). Dia. dah keluar dinner. Hu,Hu,hu....tak berjaya juga...lain dengan program yang saya dah biasa. 'Dia' suruh kita import semua gambar, satu persatu, baru boleh choose mana kita nak. Program yang saya dah biasa, semua gambar akan diimport serentak. Kita ada lebih 1,000 gambar dalam memory stick. Bosan....mana boleh review satu persatu! Mungkin ada caranya . Nantilah tunggu tuan punya balik. Apa kata dia. Alahai, tak pass, pass IT lagi. Lama-lama gambar pun dah out-of-date.....

Wajah baru

Salam.
Dah lama nak tukar wajah rumah sekilau one.
'Acuan' sekilau one selama ini guna template sedia ada.
Bosan kalau sama aje begitu lama....

Bila singgah rumah kawan-kawan,
saya lihat
cantik-cantik rumah masing-masing
Saya pun cuba 'menerai'
try macam-macam design yang dicadangkan kat mat google
try-try tak berjaya.
lama-lama give up,
biarlah dulu eh...

Last-last, singgah kejap di rumah seorang teman
'rumah' dia sebelum ini pun ala kadar aje
macam 'rumah' saya
(tapi isi rumah dia penuh tersusun, bermakna, sedap mata 'membaca')
Dah berubah design nampaknya
Warna pun sesuai dengan jiwanya (agaknya lah)
tanya dia macam mana dia buat pengubahsuaian rumah
(arkitek dan kontraktor mana dia guna)
tunjuklah saya, macam mana....
senyap, dia tak jawab pun!

Petang ini saya nak try lagi
Apakata kita cuba ke template blogger
kot-kot ada design yang terbaru, kata hati
Ah, itulah dia, asyik memblog aje,
cuba sekali sekali semak update, apa yang the latest
Oh rupanya ada design baru di 'blogger'
Alahai, mengapalah saya tak check!
Banyak design baru, tau tak ape
saya ketinggalan zaman := (

Cuba macam-macam design
Lalu saya tertarik dengan design ini,
'Watermark'
direka oleh John Peterson
warnanya.....cool..peach
kemas susunan layoutnya.
ada imej burung terbang lagi,
saya suka.

Senanglah gitu,
(patutlah teman yang senyap tu pernah berkata "Senang tukar wajah rumah di blog")
bagi blogger seperti saya
Semua siap sedia
pandai-pandailah ubah sana sini, ikut kreativiti...

Terima kasih, Thank you
to Blogger Template Designer.





Ms No Mood datang lagi

Salam semua,
Apa khabar????
Bagi saya, Ms No Mood datang lagi. Rasa malas aje. Penat pun ada, kemas rumah.
Balik Melaka, dapat aduan,' PC tak boleh start!' Rupanya program korup. Dah hantar pada Jon untuk dibaikpulih.
Pinjam guna PC kakak sekarang ni. Nak maklumkan, buat ketika ini, blogging aktiviti saya 'on hold'. Malas rasanya nak mem'blog'. Tapi, tadi sempat juga merayau ke 'rumah' kawan-kawan yang saya 'kenali'. Nak tahu juga cerita semasa. Anyway, you all ikutlah blog my sis PuteriHangLiPoh yang ada cerita baru, Cerita Dia, Cerita Sayalah juga. Secara tak langsung ada tersembunyi sebab-sebab saya No Mood nak memblog. Tumpang sekaki ye, Angah.....
Sekian dimaklumkan.
Jaga diri ye.

Cik Kom BB

Salam.
Sekarang di Kuantan.
Semalam saya frust sangat-sangat dengan Cik Kom BB(baca: celcom broadband). Macam biasa kalau kita browse waktu petang, waktu malam, peak hours, memang menguji kesabaran. Signal poor, dan perjalanannya (saya tengok pusingan arrow browsing) tersangat slow. Kadang-kadang (baca: all the time) putus hubungan, 'webpage not found', katanya. Waktu itu kata JY ramai pengguna sedang asyik ber internet. Itu sebabnya. Pagi ini, okey sangat-sangat. Laju singgah ke 'rumah' makcik, kakcik dan dekcik blogger. Dapatlah 'berinteraksi' dengan kawan-kawan. Nampak ada promosi blockbuster, kat TM! Apa benda tu?

Belum tidur lagi!

Dah lewat malam.......mata tak mengantuk....entah sebab apa....jadi..... terjah ke 'rumah' kawan-kawan ajelah.....jangan marah, ah...

Hilang gelap

Salam bahagia.
Hilang gelap, timbul terang. Tukar lagi langsir 'rumah' (langsir rumah sebenar belum ganti-ganti). Masih lagi pilih 'polka 'dot', corak yang tak dimakan zaman...evergreen...Ini yang termudah dan termurah, dah lama offer kat template. Tengok 'langsir' rumah ' saudara mara siber' bukan main canggih lagi, bercorak-corak, berwarna-warni. Ingin sekali nak tukar langsir seperti mereka tetapi belum-belum lagi. My 'supposed-to-be designer' ajak ke 'PYZAM' nak pilih 'kain' dan 'pattern' yang sesuai dengan jiwa pengisian rumah saya. Kita ni pun tak adventurous, nak singgah 'kedai 'sana sini untuk explore apa yang ada. Taklah saya tahu di PYZAM banyak pilihan, buat kita susah buat pilihan yang tepat. Ada 'kedai' lain kita boleh singgah ke? Yang ada di PYZAM ini pun dah buat rambang mata. Pilih punya pilih, okey, dah dapat satu yang sesuai. Dah cuba ' jahit' tinggal nak 'pasang' sahaja tapi, ooopppsss, projek terbengkalai. Bukanlah, tersangkut!!! My 'designer' not sure proses memasang 'langsir' . Yalah kerja jarang-jarang dibuat, mudah lupa. Tak apalah biarlah saya dengan 'template' polka dot saya yang light, light ni. Esok-esok jemu, tukar lagi....kan saya tak ade kerja....selamat berhujung minggu :=)

Frust lagi!

Salam semua.
Apa tak frust nye. Nak load gambar tak dapat. Entah apa yang tak mahu cooperate. Mengapa Picture Manager yang setiap kali muncul bila kita cucuk USB pada portnya tak timbul-timbul menunjukkan diri? Atau USB kat my card reader buat hal? Atau portnya sendiri yang sakit?Actually, saya guna card reader sejak cable kamera yang nak muat turun gambar dari kamera ke komputer rosak (ye ke?). Untuk testing, saya cucuk pula pendrive ke USB port. Pun tak berjaya. Sebelum ni okey. Tak frust tu? Adakah saya perlu download MS Picture Manager? Ada beberapa imej saya nak share dengan kawan-kawan siber. Kena tanya 'doktor' nampaknya atau sesiapa boleh tolong (Ezza ke). Terima kasih.

PS. Psssstttt.....2 orang ahli blogger ( 1 aktif, yang 1 lagi, sleeping)di BC dah ada laptop.Saya pula masih dengan desktop. Boleh budak-budak kat rumah ni guna. Saya baru ganti monitor lama (alah... yang square 4 segi tu) dengan LCD monitor yang baru 18.5". Barulah puas mata memandang....CPU pun dah diupgrade.

Kerana minat

Salam 2 all,

CPU buat problem lagi. HDD bawa masalah lagi. Sedihnya. Kecewanya. Sebab dah agak lima kali pergi 'klinik'. 'Ini baru ujian kecil' kata JY. Ingat nak beli aje CPU baru kalau beginilah kisah HDD ku. Isunya baru satu tahun usianya, habis 1 tahun warranty, buat hal pula.Tak ape, mari kite try anak muda ini. Try 'air tangan'nya pula. Kalau buat hal lagi, tahu lah apa nak buat. Jon (namanya)tinggal selang dua rumah di belakang rumah BC. Anak jiran (ada kaitan saudara) yang rapat juga. Kerjanya, (baru tahun ini)technician di sebuah syarikat comp di bandar Melaka. Mengikut mama si Jon, syarikat ini pada mulanya 'tak caya' pada si Jon. Jon tunjukkan bukti. Syukur, Jon diberi ilham dan dapat 'merawat' komputer-komputer yang 'sakit'. Kata Jon dia tak ada kelulusan komputer yang formal tapi ikuti kursus komp 'sendiri-sendiri' , bertanya, memerhati . 'Yang penting ada minat', katanya. (Sounds familiar to me!).Jiran-jiran dan kenalan minta bantuan Jon bila ada masalah teknikal comp. Waktu rihatnya, Jon 'merawat' komputer sakit di rumahnya. Sekarang, waktu saya buat posting ini, nampaknya HDD berjalan dengan lancar. Terima kasih Jon. Dia tak nak ambil upah, 'sikit aje'(kalau hantar kedai beberapa ringgit sudah tentu melayang ) tapi saya berilah juga sikit sebagai 'pengeras''untuk beli roti canai dan teh tarik di warung sebelah. First attempt, nampaknya 'air tangan' Jon boleh dipercayai. Tahulah sekarang di mana 'klinik' yang dekat, di belakang rumah saje!!!Syukur,pengguna-pengguna komputer ini di rumah BC (seperti Ms Hart, Iman, Amal, Iddin, MrSor) mengharapkan tak akan berlaku lagi gangguan. Boring tau kalau komputer rosak!
Moral cerita: Kalau ada minat, usaha serta tekun, semua boleh jadi. Tak perlu kelulusan tinggi untuk berjaya. Banyak sudah contoh, bukan?

Virus

Salam semua,
Kebelakangan ini CPU di BC dah kena virus. Sedang sedap-sedap singgah di laman  rumah kawan-kawan siber, tiba-tiba dia buat hal.  Lalu terpaparlah entah apa-apa arahan kat monitor. Tak kuasa nak layan. Tutup CPU,  on semula, jalan dengan baik pula. Agaknya browser yang saya gunakan (IE) untuk berjalan-jalan di alam maya dijangkiti  kuman tak?  Dah 5 kali hantar technician, macam tu juga.  Itu sebab malas nak update blog. Lagipun apa nak cerita? Kalau cerita hal masak apa hari ini, sarapan, ....nanti macam blog resepi pula. Cerita hal-hal semasa....boring pula, serious aje.  Cerita pokok tanaman yang ada...macam tu juga pokok-pokok kat rumah ni. Cerita hal kerja hari-hari....tak ade yang menarik. Nantilah kalau ada yang betul-betul interesting, nanti saya kongsi ye. Sekarang saya guna browser lain pula, (OP***) nampak lancar aje. InsyaAllah....
Okey, jumpa lagi.

Hibernate

Salam semua,
Hi, hi....to all, saya nak 'hibernate' atau kat keyboard komputer ada 'sleep'  dari blogging kejaplah. Nothing interesting to share.  Kalau ada, then I will 'wake up' (again, ada kat key board).
Okey. bye, bye.

Malas

Malas nak blog. Sebab: tak ada cerita. Tak ada yang 'happening'. Jadi silent reader ajelah.

Pening Pening

Pening! Pening kepala dibuatnya!!! Bukan bp naik....tapi....CPU buat hal...so slow, so very slow. Dan lampu merahnya terkelip-kelip, blink blink...dinasihatkan..kena tunggu dia pejam, baru boleh click kat mousey icon yang kita nak. Jangan click banyak kali, said the advisor. Kalau tidak....berlaku lah hanging/gantung. Tak ke mana-mana, kenalah buat reset. Kalau selalu benar buat resetting, pendeklah nyawa CPU ni. Selalu juga buat defragmentation....Dah berat ke otak CPU ku ini? Pening ke dia? Nak kena tambah RAM ke? Okeylah...rest lah dulu....layari TV pula...ada cerita jiwang-jiwang.

Oh yes, bilik MPR dah mula kemas, put things into places only...dah satu karung beg plastik hitam.

Lepas solat zohor nak ke majlis perkahwinan pula...my closed friend's son's wedding...

A year ago

Started blogging on 26th November 2007.... Yeaeeeeee....

HAPPY 'BORN' DAY

SEKILAU ONE

Movie maker

Salam dear readers, Beberapa hari ni alang dok belajar bagaimana buat movie from pictures taken. Cg nya, his truly la....Siapa lagi! Kalau nak kirakan senang je, just drag n drop the pictures, according to the story line, insert transition i.e. bagaimana gambar video kita nak di tayangkan like flip, rotate, roll and the like, insert video image samada nak ease in, ease out, blur and so on, masukkan muzik dan narration, title, credit...warna background, font,...macam-macam dan semuanya ada. Macam buat filem tu. Semuanya dalam program Windows Movie Maker. Kalau ada, senang bah itu. Takes time juga, nak edit lagi,nak tambah, nak kurang , nak tukar font, tukar story line, change music....sampaiah puas hati lah. Duduklah depan komputer. Mesti banyak besabar. But I enjoyed it.Tapi punyanya garang juga cg kita tu, maklumlah muridnya blur. Slow nak faham bahagian teknik-teknik ni. Sampai terpaksa muridnya kata "Pleaselah, sound macam marah je." Sekarang dah siap 5 movie, very-very short ones itu pun baru peringkat "save project as". Satisfied, then can save into CD. Patutlah buat movie ni mahal upahnya.

P.S. Buka puasa ni ada orang tu requested Masam Asam Melaka.....
Help....

huuummpp

Dari pagi tadi blog hopping: singgah rumah tu, hop rumah lain pulak, layar ke London, Bangladesh, Japan, Australia, balik ke Malaysia, round-round lah..then buka pulak resepi: apa nak makan berbuka nanti? Jawapan: apa-apa je...Please be specific. Okey, Mi Hun. Basah ke kering? Senang, beli aje...semalam kata nak cari gulai siput sedut, mana lagi di Pasar Ramadhan dekat stadiumlah. Okeylah tu. Only both of us...to think of it, nak masak pun tak berbaloi, buang gas dan tenaga dan kemudian nak cuci all the utensils, huuummmppp ...penat. Petang semalam ke Pasar Ramadhan, punyalah ramai orang, drizzled pula tu, parking was a problem. So no way will he stop. Hopefully this afternoon dapatlah ke sana(nak cari siput sedut dan kuih, masa ni lah teringat epok-epok, lopis, karipap Mak Besar....) must go early, pengunjung belum ramai lagi.The weather is very clear too. Cool. BTW, kalau "bos " teringin nak makan Mi Hun hasil masakan yours truly, jom ke Tunas Manja, nak beli apa-apa yang patut. Japawan: nantilah (macam biasa), mengantuk...

Happy cooking for breaking fast!

Doing okey

Salam everybody,

11.30am, received phone call from TM KL.

TM: Cik, line talipon dah ok?
Me: Belum, nampak lampu kelip-kelip lagi dan dial tone masih bising.
TM: Kami dah tukar port dah.
Me : Ok kita tengok hari ni, kalau problem, saya lapor lagi. Terima kasih, encik.
TM: Ok. Terima kasih.

11.45am.krinnnng, krinnng ..... house phone.
Voice : Saya dari streamyx. Dah ok kah streamyx cik?
Me: nampak ok. Saya akan lapor lagi jika ada problem. Siapa yang call ni?
Voice: Tini
Me: Terima kasih, Tini.
Voice: Sama-sama

Everything is working well now only after yours faithfully called a contact person in TM to look into it (maybe not).Well, that's it. Now, it's noon. Please excuse me, I want to follow USRAH @ TV9 , Dr.Fatimah Zaharah tafsir Surah Yassin, Part 3.

PS: I learned that other users also had a problem in internet connection during the GE.

In a maze

Salam everybody.
My streamyx connection is giving me a problem. The connecting 'light' went blinking: blink, blink,blink yesterday and this morning too. Connection error. So this morning I had to go to T*P*t to inquire why as well as to pay the bill. Normally I did it online but since I had to settle the modem problem, so it was best for me to me the bill too. Oh my, I went to the office. The guard said "Sudah pindah cik, near K.md.r" So off I went to the said place. But sorry, wrong info given. That's one of the problems paying online. Always on cyber that you don't know reality. So went round Kuantan, in a maze, looking for the new office, luckily it's a small town. A passerby directed me to the new office which is now in a new building, patutlah tak jumpa. While waiting for my number to be called, I made friend with a nice, pretty, young lady, dealing in marketing . We exchanged notes. I introduced her to blogging, the good things! She has heard of blogging but doesn't know how to go about it, how to start. She requested for my blog address and I proudly gave PHLP and H2H address too. She was amazed to know that there are junior bloggers in the family too. So if you are reading this posting, Maizurah, we hope to 'singgah' your 'house' too. Start blogging and you'll know what fun you will have (ye ke?)jotting your experiences, sharing feelings with fellow bloggers 'hopping' to other bloggers' 'house'. Now back to my streamyx problem, the person in charge advised me to call the technician. Back home, at this time of posting, the blinking light surprisingly is stable. Maybe the connecting line was busy yesterday or the weather was not too good (hujan), what with 'pilihanraya' everybody wanted to be connected, so modem 'down'. Hope, no more interruption lah . I don't want to call the technician just yet, duit lagi! Now, I'm waiting for the Wish family to arrive from Melaka. So Nek Ngah, the TV all yours now. Aiseh, the modem light is blinking again!! So amazed now!

Nek Lang (sms d to Missy): Dah bertolak?
Missy (replied sms):Dah lama dah! Now at Tangkak!