BAS

Salam
Teringat saya sembang seorang classmate (kini pesara, thanks for your thoughts), bila kita dah bersara, kita 'Buat Apa Suka, Buat Apa Sempat, Buat Apa Saja, Buat Apa-Apa Sendiri'. Pendeknya, kerja "BAS" Bijak, bijak. Memang betul apa yang dikatakan. Kerja BAS ni relaxing, tak ada tekanan dari sesiapa. Lepas tu, katanya lagi, bila malam, renung balik apa yang di'BAS"kan hari itu. Berfaedah? Buang masa? Berbaloi-baloi? Ada ringgit masuk? Productive? Tapi bila dikenangkan stress atau tekanan yang dilalui semasa berkhidmat selama kurang lebih 30 tahun , patutlah kita kerja BAS. Jangan stress sangat sekarang (sikit tak apa, kot)) Buat apa kita suka, apa saja, sempat, sendiri atau berkumpulan. Relaks. Berkebun (kalau ada kebun), melancong (kalau ada duit lebih), jaga cucu (buat kebajikan), menjadi ahli NGO (kalau dilantik pengerusi, stress juga oh), jadi penulis blog ( macam kite..ha, ha, ha......atau jadi silent reader) buatlah apa yang tak dapat kita buat atau tak sempat buat semasa berkhidmat dulu tetapi biar berfaedah.

Anyway, pagi tadi sempat saya briskwalk, mendaki Bukit Sekilau di hadapan rumah. Penat juga sebab dah lama tak mendaki bukit. Nampak beberapa pendaki memanjat bahagian bukit yang tinggi. Saya cukup di bahagian rendah. Berpeluh juga. Sambil tu terkenang esok sudah 2010. Apa-apa boleh berlaku. Tapi jangan stress, fikir yang positif, yang terbaik. Harapan semoga hari-hari di tahun hadapan lebih baik daripada tahun yang berlalu.

Selamat menyambut tahun masehi 2010. Semoga anda sihat, bahagia , sejahtera.

Bagi yang bergelar 'cikgu' yang masih berkhidmat, diucapkan selamat bertugas semula, ingat ' amanah yang diberi, kami tak persiakan, apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan".....

Tambahan:
Sebentar tadi sms seorang rakan "Naik bukit tadi. Tak nampak kereta kat porch. Gi mana?"
Balasan : Saya di sekolah. Registration Tahun 1.
Saya balas: Saya kat 'Ani' . Duk relaks.
Balasan: Hee sedapnya bersara!!!
Saya balas: BAS, buat apa suka
Balasan: Yeeaaah

6 comments:

  1. Dear Lan,
    Aah, jaga Iddin is one of the BAS job.

    ReplyDelete
  2. Salam Hjh
    Cuma bila berBAS, ada orang kata kita tak ada perancangan yg sistematik. Ada kala yg berBAS rasa bersalah, terutama apabila pasangannya masih 'kerja betul'! Tapi ketenagan jiwa & kesantaian rasa memang tak boleh ditukar ganti dgn ongkos. Entahlah. Selamat tahun baru 2010.

    ReplyDelete
  3. Salam Temuk. TK atas pendapat. Dalam kita berBAS ada perancangan juga. Umpamanya apa nak buat hari ini (buat apa kita suka, apa saje)tak sama dengan esok harinya. Tak terikat dengan rutin dan tekanan. Selamat Tahun Baru 2010!

    ReplyDelete
  4. salam hajah,

    selamat tahun baru.
    BAS...pertama kali tahu istilah ini!! biasanya kalau jumpa kawan2 sekolah...mereka bertanya, "kak nab wat ape sekarang?"....so, saya bolehlah guna istilah berBAS ni...heh3.

    ReplyDelete
  5. Salam hajah zainab,
    Boleh saje, biar dia orang cemburu!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.