Salam semua,
Sarapan di Khatijah. For me : Nasi Dagang, Air Suam. For him: Nasi Minyak Opor, Teh Tarik Kurang Manis.
Datang pula seorang pesara guru (lelaki). Smart aje. Baru balik jogging, sarapannya nasi minyak opor dan teh tarik. (hai!) Maka berbuallah kami sebentar, kisah-kisah pesara. Tiba nak bayar, berebutlah dua orang pesara, menggelikan hati adik, bos Khatijah.
Balik, singgah beli surat khabar di kawasan macam BBWalk. Ini Kuantan Walk. Sunyi lagi. Lengang. Kedai-kedai baru nak buka. JY nak ke kedai buku. Sempatlah saya meronda. Ada sebuah kiosk yang menarik perhatian saya, Kiosk A*ro. Terpanggil nak intai apa yang ada. Bukannya intai namanya tapi mengendung peket kerepek pisang, kerepek ubi, kerepek bawang. Memang ini yang dicari. Nak kunyah-kunyah waktu santai. Nampak pula rempah kari ayam dan daging. Ambil se. Ada kaya madu. Angkut se juga. Tapi mana bakulnya dik? Tak de. Patut sediakan. Senang nak letak barang-barang. Tak lah kendung-kendung gini! Jawabnya 'nanti beritahu bos' Eh, dah lama buka kedai (since Julai 2009) tak terfikir ke?
Anyway, suka juga ada kiosk one-stop center ni. Hasil usahawan boleh dapat setiap hari, tak payah tunggu ekspo. Hasil tempatan memang ada di pasaraya tapi susah nak cari sebab di letak di celah-celah jenama popular lain atau di pamerkan di tempat yang tak strategik. Nampak banyak lagi yang menarik di kiosk A*ro. . Tapi tunggu dululah. Tahulah saya mana nak tuju sekarang untuk dapatkan hasil usahawan tempatan bila berada di Kuantan.
Sampai di rumah, baca paper, sambil mengunyah kerepek pisang. Kruk, krek, kruk, krek...... Belum lagi depan TV.
kak nora,
ReplyDeletekrak-keruk-kerak..
minta sikit...
pass lah plastik kerepek tu...
Salam hajah,
ReplyDeleteNah, sambut paket kerepek bawang ni!!!
Lang, yesterday tiba-tiba ada 'orang tu' kata, "Tapi kan mummy, Nek Lang balik bawak bag kecik je tau. Balik kejap aje agaknya.."
ReplyDeleteUwah...tiba-tiba aje...some more start the sentence dengan 'tapi kan..' Maknanya, he must have been thinking and guessing...alahai..
Anyway, tadi kena cakar dgn member 2Neptune dia tu...kena tepi mata. Mujur tak kena mata! Grrr... itu pun tak serik tu!!!
Sekian lah berita terkini, lintas langsung dari BC (bukan BBC macam Kak Teh!!)
Salam Kak Nora,
ReplyDeleteAlahai!...santainya hidup Akak. Itulah yang saya idam-idamkan masa bersara nanti. Takde nak kalut-kalut bersiap diri ke ofis pepagi buta.
p/s: Ahhh...bila nak jumpa Akak ni?..Saya pasti ke Kuantan bila balik ke Pekan... :-)
Dear 'orang tu' di BC,
ReplyDeleteIngat kat Nek Lang ke? Kan dah beri cuti 2 minggu. Nek Lang bawa beg kecik sebab baju nek banyak rumah kauntan. Baik-baik sekolah. Jangan ikut perangai budak 2N. Belajar betul-betul tahun ini.
krak kkruk2... sedar2 dah habis. orang cakaap kalau takut gemuk jangan mengudap depan tv hehe..
ReplyDeleteDear Ay,
ReplyDeleteBetul, pesara selalu buat apa suka.
Dear hajah pah,
ReplyDeleteTapi saya belum gemuk lagi...