Teringat saya sembang seorang classmate (kini pesara, thanks for your thoughts), bila kita dah bersara, kita 'Buat Apa Suka, Buat Apa Sempat, Buat Apa Saja, Buat Apa-Apa Sendiri'. Pendeknya, kerja "BAS" Bijak, bijak. Memang betul apa yang dikatakan. Kerja BAS ni relaxing, tak ada tekanan dari sesiapa. Lepas tu, katanya lagi, bila malam, renung balik apa yang di'BAS"kan hari itu. Berfaedah? Buang masa? Berbaloi-baloi? Ada ringgit masuk? Productive? Tapi bila dikenangkan stress atau tekanan yang dilalui semasa berkhidmat selama kurang lebih 30 tahun , patutlah kita kerja BAS. Jangan stress sangat sekarang (sikit tak apa, kot)) Buat apa kita suka, apa saja, sempat, sendiri atau berkumpulan. Relaks. Berkebun (kalau ada kebun), melancong (kalau ada duit lebih), jaga cucu (buat kebajikan), menjadi ahli NGO (kalau dilantik pengerusi, stress juga oh), jadi penulis blog ( macam kite..ha, ha, ha......atau jadi silent reader) buatlah apa yang tak dapat kita buat atau tak sempat buat semasa berkhidmat dulu tetapi biar berfaedah.
Anyway, pagi tadi sempat saya briskwalk, mendaki Bukit Sekilau di hadapan rumah. Penat juga sebab dah lama tak mendaki bukit. Nampak beberapa pendaki memanjat bahagian bukit yang tinggi. Saya cukup di bahagian rendah. Berpeluh juga. Sambil tu terkenang esok sudah 2010. Apa-apa boleh berlaku. Tapi jangan stress, fikir yang positif, yang terbaik. Harapan semoga hari-hari di tahun hadapan lebih baik daripada tahun yang berlalu.
Selamat menyambut tahun masehi 2010. Semoga anda sihat, bahagia , sejahtera.
Bagi yang bergelar 'cikgu' yang masih berkhidmat, diucapkan selamat bertugas semula, ingat ' amanah yang diberi, kami tak persiakan, apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan".....
Tambahan:
Sebentar tadi sms seorang rakan "Naik bukit tadi. Tak nampak kereta kat porch. Gi mana?"
Balasan : Saya di sekolah. Registration Tahun 1.
Saya balas: Saya kat 'Ani' . Duk relaks.
Balasan: Hee sedapnya bersara!!!
Saya balas: BAS, buat apa suka
Balasan: Yeeaaah













......ni nak cerita tentang daun mambu, gambar di atas. Ada sebatang pokok mambu tumbuh dengan megah di luar pagar rumah. Agaknya Majlis Bandaraya tanam di tepi jalan. Dahan-dahannya masuk ke kawasan laman rumah. Bila daun-daun kering serta buah kecilnya dah berselerak di laman, tugas sayalah yang membersihkannya. Sapu, sapu dan sapu. Tak boleh grumble, berleteh....kerana apa tau. Kerana daun mambu ini rupanya ada jasa kepada kita....banyak...cuba layari kat google, cari khasiat daun mambu untuk semua bangsa di Malaysia. Tapi saya masih ingat waktu kecil-kecil dulu (sekarang masih kecil), bila saya kena demam campak, arwah mak akan ambil beberapa tangkai daun mambu lalu sebat atau kibas-kibas kat badan saya. Sedapnya!!!Kan kena campak badan kita rasa gatal-gatal. Jadi daun mambu ini boleh melegakan 'kegatalan' itu. Atau kita boleh ramas-ramaskan daunnya dan letak dalam air mandian. Mandi. InsyaAllah boleh menjadi penawar. Baru-baru in, sedang saya sibuk menyapu daun-daun kering mambu, datanglah seorang jiran (wanita) minta beberapa tangkai daun mambu. Saya tanya nak buat apa? Katanya "Nak ubat sakit cacau (cacar)"