MARI KITA MENYAPU

Salam sejahtera!
Menyapu laman adalah salah satu rutin. Selalunya bila saya nampak 'banyaknya daun kering' tak sedap mata memandang, well, masa untuk menyapu. Itu pun tengok keadaan cuaca. 
Ada beberapa peralatan  'penyapu' saya gunakan untuk menyapu daun-daun kering di laman. Adakala saya guna pencakar (rake), ada kala penyapu 'berus', dan selalunya 'rake'. Sebelum ini, saya guna penyapu lidi tanpa batang. maka terbongkok-bongkoklah. Saya gunakan penyapu ini sampai hampir hilang lidi tercicir ataupun patah. Sampai habis riwayatnya.. Lepas tu gunakan penyapu lidi yang berbatang pula. Nak sedap menyapu,kembangkan lidinya diikatan. Ikat kuat atau guna 'ring'. Ketatkam.  Satu pagi , bila saya guna penyapu ini, ikatannya  asyik longgar. Saya 'screw screw' cincin supaya ketat (maaf bahasa) dia longgar. Lidi berbatang-batang tercicir, Tak boleh jadi.
Ah ada idea. Ada pelepah kering pokok  pinang. Apakata kita gunakannya sebagai penyapu, Nah  kau! Kaup semua semua, 
Pelepah kering dan daun mambu kering


Bersih juga laman ku.....nampak tak penyapu berus tersandar di tiang.

Ok lah. Berguna juga pelepah kering ini sebagai penyapu alternatif.Tetapi sumbangan dia sementara sahaja. Lepas ni buang bersama daun-daun kering yang lain. 

Moh! Bersihkan laman anda!
 Laman bersih, minda tenang.

2 comments:

  1. Salam,
    Rajinnya dia....
    mcmmana birdnest tu boleh gemuk sgt? saya pun ada...

    ReplyDelete
  2. Ada pokok pinang ditepi rumah ya? Takut pupus saya aada tanam anak pokok pinang untuk dikenal anak cucu nanti bagaimana buahnya. Rasanya pokok ini akan pupus. Makan sirih sudah berkurangan dan pinang meminang pun sudah cara baru.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.