PULAU JEJU: yang perlu dicerita

Annyeong...
Peta Pulau Jeju
Tamat sudah lawatan kami ke Pulau Jeju.
Uniknya Pulau Jeju bukan sahaja kerana anugerah panorama yang indah, udara segar dan nyaman tetapi juga beberapa perkara.....

Pada penduduk Korsel, Pulau Jeju merupakan sebuah kampung. Pada hal saya tengok Jeju seperti sebuah bandar besar. Cuma trafik tidaklah sesak seperti Seoul.
so peaceful

Jennifer menjelaskan kebanyakan penghuni adalah ahjumma (aunty/makcik). Anak-anak muda tak suka tinggal di kampung. Mereka lebih suka tinggal di Seoul atau bandar-bandar besar yang lain. Ini berlaku di mana-mana, bukan? Tambah Jennifer lagi 'No handsome men here, no hensem oppa, lots of ahjumma. So single young girls in the group, sorry, no kpop here.'
ahjumma sedang bakar sotong

Kebanyakan rumah gunakan batu lava sebagai pagar rumah, kebun, pintu pagar. Sebab? Jeju terhasil daripada gunung berapi. Tak ada pagar besi. Oleh itu Jeju merupakan sebuah bandar yang selamat. Hidup aman dan damai walapun pagar daripada batu lava.

sebuah rumah  di sebelah hotel kami bermalam

Di Folk Village kami lihat pada pintu pagar utama ada tiga kayu panjang susun bertingkat
seperti dalam gambar di bawah.
Ini dinamakan 'duduk atas pagar'

Pada zaman dahulu, setiap rumah mempunyai pagar seperti ini. Pada kiri dan kanan ada lubang untuk memuatkan kayu panjang. Jika kayu itu diletakkan di lubang bawah sekali bermakna penghuni rumah keluar sekejap dan akan balik sebentar lagi. Nak tunggu, tunggulah...Kalau pada lubang kedua, di tengah-tengah, bermakna penghuni rumah tiada di waktu pagi, boleh lah datang sebelah malam.Jika kayu diletak di lubang atas. penghuni rumah tidak mahu menerima tetamu. Pengunjung boleh lah datang esok harinya. Nah kau, tak payah kau jerit-jerit "datang esok le...." Tengok kayu, pengujung dah faham. Kalau letak tiga-tiga sekali???? Lu fikirlah sendiri..ha ha ha ^=^

Jeju juga terkenal dengan limau manis saiz kecil-kecil tu, namanya 'tangerine', tapi kami tak pula dibawa ke ladang limau tangerine. Manis tau! Tapi ada contoh ladangnya
ladang tangerine di Folk Village
Penjual tangerine
Beli Vit C hasil limau tanaman Jeju
Kebanyakan penduduk Jeju juga peramah, lemah lembut, kulit cantik (walaupun ahjumma)
Sahabat FB Nek Ngah
Eee, susunan interlock nya
macam di rumah BC lah!
Pasal makan di Jeju
Lunch  makan seaweed soup...tengoklah ni.

Diberi kerepek seaweed..tekak melayu ni nak juga sambal.
Nampak tak kimchi, sambal belacan orang Korea!

Kami makan tengahari di restoren ini. Seaweed soup, special sdi Jeju. Bilik solat ada disediakan.

Sebelum ke hotel setelah menimato cherry blossom, kami dinner juga dengan seafood. Kali ini sup seafood. Seaiapa yang tak boleh telah...bau ajelah....


You all readers, kalau berkesempatan ke Korsel, Pulau Jeju adalah salah satu tempat wajib dilawati. Indah sungguh indah, berbagai keunikan keindahannya. Pulau Jeju sepi dan tenang.....sesuai untuk 'berdarmawisata'

Kalau ada rezeki, akan ke sini lagi.......InsyaAllah.

4 comments:

  1. Unik sungguh Jeju tu kan..idea pagar tu sungguh menarik.
    Terimakasih byk2. Jam 2,30 tadi dpt dah....
    Semlm saya ke kedai jepun'Daiso' tgk2lah brg tu, top2 saya menerimanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka ke Daiso, selalunya cuci mata. Semoga Ju suka ye.

      Delete
  2. pulau jeju antara tpt wajib pegi kalau ke korea kan?
    tengah kumpul syiling nak gi korea gak.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe Irfa, perlahan-lahan..lama-lama jadi bukit duit syilling tu!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.