CUBA 'HANBOK' PULA

Selepas kelas membuat kimci, kami naik ke tingkat 3 bangunan yang sama. Kami diberi peluang mencuba Hanbok, pakaian kebangsaan Korea. Masing-masing pilih Hanbok yang sesuai. Kalau tak pilih, diberi oleh pembantu.Yang manis-manis pilih baju pakaian puteri-puteri, yang ibu-ibu diberi pakaian permaisuri, bapak-bapak pula, baju maharaja, seorang budak lelaki tu pilihi baju anak raja, yang kami berdua, peringkat ahjumma, diberinya pakaian sesuai dengan ahjumma..keh keh keh....ingat hati nak jadi maharani.....:(

HANBOK
Maka, apa lagi masing-masing posing......Dalam bilik Hanbok, ada macam-macam 'backdrop' atau latar belakang, bersuasana Korea. Nak bergambar dengan Jangeum, nak berlatar tempayan-tempayan kimci,atau  di taman bunga, dalam bilik di Raja.....pilih ikut suka hati si labu labi....hee hee....
DI BELAKANG TABIR....
MENUNGGU GILIRAN NAK BERGAMBAR
IDDIN BERSAMA 'YES, CAPTAIN''
Maharaja dan Maharani
SEMANIS  PUTERI-PUTERI KOREA
ALAHAI.....MS .AHJUMMA
KENANGAN ..One for the Album :)

10 comments:

  1. Wah .buka main bergaya masing2. Iddin hebat, stailo!
    Gamabr bawah sgt cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lagi nak bergaya Korea. Agak2 boleh jadi pelakun tambahan drama bangsawan Korea tak, Ju?

      Delete
  2. Saya hairan apa pakaian harian mereka disana, labuh labuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cg,
      Hanbok, pakaian kebangsaan Korea, dipakai semasa majlis formal bukan pakaian harian.

      Delete
  3. Alenna
    Wow, worno-worni sungguh, ye! Seorang "kain" hijau, seorang lagi biru. Mungkin lain parti walau adikberadik, ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temuk,
      Hee, hee, hee....Tak ke sana pula fikiran kami, baju warna warni mewakili parti. Yang merah tu..apa pula?

      Delete
    2. Mujur "baju" dgn "tengkolok" sama-sama merah (kira merahlah tu). Maknanya, akhirnya mereka berdua menjadi separtilah semula. Temuk yakin, kalau begitu tafsirannya, yang merah itu bukan warna roket, hihi.

      Delete
    3. Hahahai ketawalah lagi dalam demam PRU.

      Delete
  4. sy kan peminat drama korea..so selalu tgk diorang pakai hanbok bila ada majlis kahwin ;)..berat tak baju tu?sebab macam besar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Irfa,
      Samalah kita peminat drama K. Selalu tengok on line. Hanbok tak berat, jenis kain ringan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.