KORSEL: MENJELANG KE PULAU JEJU

Anyeonghaseyo..
Masih lagi hari pertama di Korea Selatan (Korsel). Sebenarnya flight kami ke Pulau Jeju ialah pada 3.20 ptg. Jadi acara lawatan diteruskan disebehah pagi. Masih hujan. Setelah melawat Presedential Museum, kami ke GYEUONGBOK PALACE. Istana peninggalan warisan ini  adalah 'the most comprehensive and grandest of the five palaces' semasa Dinasti Joseon (1392-1910).

Di istana peninggalan ini juga ada babak-babak Jewel in the Palace .
Kami solat di INTERNATIONAL MOSQUE di Itewon. Masjid letak tinggi di sebuah bukit...kena mendaki Cuaca amat sejuk...grrrrr...mengeletar waktu ambil wudhu...


Di Gimpo Airport, kami terpaksa tunggu lama sebab keadaan cuaca tidak mengizinkan penerbangan ke Jeju.

Beginilah suasana ketika itu. Ramai sungguh pelajar-pelajar sekolah hendak ke Jeju. Ada field trip. Suka lihat hand luggage mereka.  Apa lagi budak-budak Korea kami ambil kesempatan bermesra dengan budak-budak Korea yang 'ori' ha ha......Anyeong...Ghamsahamidah....


cermin mata unik
perhatikan stail rambut anak-anak Korea
Minat K Pop yang sama
Budak Korea kami happy ber'korean' dengan budak Korea ori

Sampai di Jeju, kami melewati MYSTERY ROAD, bas kami boleh mendaki curam walaupun enjin dimatikan. Sayangnya kami tak boleh turun bas untuk melihat kejadian 'mystery' ini (deny Newton's Theory on gravity) sebab hari hujan.
Sampai di hotel di Pulau Jeju............booooom...hingga 'wake up call at 5.00 o'clock Korean time....'


Makan? Oh , itu bab lain, ye.

2 comments:

  1. Kak hajah nora
    Jik budak korea kami jumpa budak korea ori.... Mmg xcited lah dia

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.