Orait, satu hari, 7 tempat. Penat juga. Lawatan ke 6 ke Jeju Mini Land diikuti dengan ATV Ride.
Jeju Mini Land adik beradik dengan Taman Tamaddun Islam di KT. Menarik juga bangunan-bangunan yang ada seperti Tembok Besar Negara China, Statue Of Liberty, The Leaning Tower of Pisa, dsbnya. Ada juga dari buku cerita kanak-kanak seperti Gulliver's Travel, Shrek...Sebenarnya, kami dah agak letih. Kawasan ini pula luas, banyak pula bangunan mini yang mempunyai seni bina istemewa yang hendak di kunjung, tapi kaki dah tak larat, gambar pun dah puas, muka nampak letih. Kata budak-budak peminat K, Running Man (Korean TV Celebrity Game Show) ada buat shooting di sini. Mereka tau lokasi di kawasan mana. Kalau dah peminat tegar!
wajah keletihan di London Bridge |
hindustani hei |
Selepas itu kami bergerak pula untuk aktivit lasak ATV RIDE Gembiralah mereka yang muda. Yang macam kami ni, golden girls, hmmmm, duduk rihat sambil memanaskan badan (tangan?)
Aktiviti ATV memang popular di sini. Kalau tidak, mengapalah Jennifer masukkan dalam agenda lawatan Jeju. Mereka yang ingin mencuba, diberi dua pilihan, nak naik sorang, ataupun berdua. Ataupun semangat ada tapi takut nak pandu sendiri, oppa hensem boleh teman. Si Iddin nak naik sendiri...puas kami kata tak boleh..sampai merajuk dia...naik dengan daddy...masam muka dia :(,
Si Iman pula belum ada lesen P nak bawa sendiri, ada penumpang bonceng belakang pula tu. Dengar laporan, sekerat jalan oppah hensem ambil alih..keh, keh, keh...Ada juga yang mula-mula tak nak ikut sama tapi bila nampak En Abang dah start rempit, dia panggil minta tunggu. Lalu dia pun naik sendiri ATV ditemani oppa hensem. Sebelum berlepas, masing-masing diberi helmet dan glove. Taklimat bagaimana mengendalikan kenderaan juga diberi dalam Bahasa Korea, penterjemahnya Jennifer.
Dan mereka pun berlepas.
Iddin depan, not so happy |
Iman tunjuk berani, belum ada lesen P....peluk kuat-kuat |
Hajat hati nak bawa sendiri...mana boleh.cik Din! |
Dalam setengah jam 'mat dan minah rempit' pun balik ke stesen. Masing-masing excited. .Macam-macam cerita pengalaman naik ATV... perjalanan berbukit dan berlopak. Mana yang ditemani oppa hensem, kata, oppa bawa laju..saje menakutkan untuk thrill. Tiba di satu lokasi oppa oppa akan tangkap gambar sebagai memori. Yang minat bolehlah beli dengan harga yang ...aigooo (alahai) mahalnya!!
Maka berakhir aktiviti lawatan di Pulau Jeju, pulau yang dianggap kampung oleh orang Korsel. Orang tua-tua..ooops...golden age ramai di sini. Tapi ada satu lagi yang semestinya kami lihat. Itulah salah satu tujuan kami ke Jeju. Ke mana ye?
"You don't trust me?" tanya Jennifer bila lihat air muka kami macam tak puas hati.
TERIMAKASIH cikgu!
ReplyDeleteLawanya duk dlm pumkin tu.Ternanti2 kisah seterusnya, suspen jer...
seronok lawat kampung orang ye kak..
ReplyDelete