MT SEORAK: Teddy Bear Farm

Annyeonghaseyo.....masih folo saya ke? Tak pe, kan blog saya ini , kenangan semalam, hari ini untuk esok. Kita teruskan perjalanan dari Nami Island menuju utara ke Mt Seorakan National Park ringkasnya Mt Seorak. Lunch sudah di Nami. Nasi Goreng Kimchi dan sup fish cake.

pemandangan gunung dan sungai
 Sebelum sampai ke resort, kami dibawa singgah di TEDDY BEAR FARM. Ini bukan ladang pelihara beruang. Nama pun 'teddy'. Beruang memainkan peranan penting dalam sejarah Korea. Ada legendanya.
Anyway, kanak-kanak tentu suka 'farm' ini. Tapi, bukan kanak-kanak aje tau, mereka (dewasa) yang juga suka teddy bears akan gembira dan teruja melihat dari sekecil-kecil teddy bear hingga giant teddy bear dalam berbagai reaksi. Berbagai kostum. Geram betul saya lihat teddy bear dalam berbagai aksi di setiap sudut dan ruang ;museum'.  Kebetulan betul pula waktu kami di sana ada pula group dari negara  lain..alahai....bisingnya...nak potret dengan teddy itu lah , dengan yang inilah...cakap pula kuat-kuat, terjerit-jerit. Lemas rasanya dalam ruang yang sempit. Apa-apa pun kami , sayalah. suka di sini...Saya suka teddy bear! Ada juga bahagian menjual teddy bear sebagai ole-ole. Tapi harganya, orang Melaka kata 'mahal nak mampus' Apa tidaknya, hasil kerja tangan, tentulah. Ambil gambar kenangan sahajalah nampaknya.




 Ada sebuah taman permainan teddy bear di laman luar bangunan. Tak pula saya rakam  gambarnya sebab cuaca sejuk amat, berangin.Lagi pun ia tak berapa dijaga (kerana cuaca). 
Sebelum, naik bas, sempat kami beli buah tangerine dan strawberry dari kereta ajeossi ini. 


manis memang manis
Ghamsahamnidah.....dan selamat tinggal teddy bears..Saranghaeyo

Then makan time


Malam ini ke hotel, kata Jennifer 'tidur stail kampung'







4 comments:

  1. Simpanglah gambar gambar cantik untuk kenangan masa hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu, nanti teringat masa dulu.

      Delete
  2. comelnya..banyak tpt cute yg boleh difotokan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      Kenapa beruang (bear) menjadi haiwan utama Korea? Ada legenda nya!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.