"Amekau.Never mind, kita berjihad fi sabilillah, semoga dipermudahkan' balasan SMS.
Ini dia kelasnya. Setiap hari Ahad. 1 1/2 jam seminggu.
Sabar, Ustazah (dalam kelas kena panggil Ustazah!) |
Ini Ustazahnya. Kenalkan? Ustazah Kak N mengajar dengan penuh kesabaran. Ustazah buat kami tak takut hadir kelas, juga tak takut dengan Bahasa Arab, khasnya Bahasa Al Quran. Kalau beliau nampak kami macam-macam dah konpius, tak boleh nak tangkap apa yang dia terangkan, kelas henti seketika...take five..buat exercise. Kata Ustazah "Mesti hafal ism gantinama. harf jar, mesti tahu mana Isim Nakirah, Isim Ma'Rifah.......dsbnya". Ini belum masuk Fi'il. Macam mana ustazah, hafal, hafal tak ingat! Sabar aje lah...
Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang besar di atas usaha dan kesabaran beliau mengajar kami. Ameen...Yang bestnya tak ada ujian atau peperiksaan tetapi mesti pulun juga!
Penuh semangat |
Hjh Ramlah, pesara sekarang guru Al Quran |
Yang duduk itu ialah salah seorang tuan rumah. Cikgu (Ustazah) Hjh Ramlah. Ketua kelas. Beliaulah yang merayu Ustazah Kak N mengajar, buat kelas di rumah dia. Beliau dah 'advance' dalam BA tapi masih juga 'teraba-raba' (agaknya). 'Kak N mengajar kami faham!' Lalu dia pelawalah 'saudara mara' dia bersama belajar Bahasa Al Quran bersama Ustazah Kak N...Alhamdulillah....
Hah ini dia. Setiap kali habis kelas ada jamuan ringan disediakan oleh tuan rumah yang baik budi. Macam-macam kuih ada, air tangan Hjh Kamariah, sepupu Hjh Ramlah. Semoga Allah memberi pahala jua kepada tuan rumah berdua. Juga kepada bibik yang siapkan minuman dan hidangan. .Ameen.
Begitulah adanya.....jom belajar bahasa Al Quran!
Fi Sabilillah!
OH MY ARABIC!!!
Angah ni serba serbi pandai. la...
ReplyDeletekalau lah rumah kita sebelah menyebelah ..maka memang saya datang hari2..hehehe
Ye lah Ezza..angah semua boleh. Mujur Ezzah tak jadi jiran kami. Kalau tidak, kami nak makan free hari-hari... hee hee :)
DeleteSalam kak hajah nora...
ReplyDeleteALHAMDULILLAH..
bestnya ada majlis ilmu
berkumpul kerana ALLAH dan berpisah jua kerana ALLAH...
(buat saya bersemangat nak join kelas kat rumah kawan saya.. setelah lama bermalas2 dan bercuti...)
Nawaitu mesti betul...niat belajar kerana Allah. Orait, hajah, can start now!
DeleteAssalam
ReplyDeleteBagusnya berpeluang hadiri kursus Bahasa al-Quran!
Entri ini juga mengingatkan Temuk "derita"nya mengambil subjek Bahasa Arab semasa di UM tahun 1968 dulu! Kalau sekarang, mungkin terus pengsan. Satu ayat yang tutor Temuk tulis pada papan hitam (tak ada white board!) yang masih diingat sampai sekarang berbunyi "Al-bintu jamiilah". Entah betul entah tidak yang diingat tu. Cuba Alenna terjemah... hihi.
Dulu saya belajar macam 'burung kakak tua', slow nya nak faham. Sekarang, blur juga tapi ada banyak masa untuk ulangkaji dan buat reference.Oh terjemahannya "Budak perempuan itu cantik"..ha ha ha.. saya tanya ustazah in the house. Kalau Temuk nak tahu "Albintu" mubtada, "Jamilahtun" khabar. Nak test saya , ye?
DeleteLulus, dengan "distinction"! Siap dengan analisis nahu lagi! Tapi kira menirulah juga tu... hihi. Teruskan, semoga dipermudahkan Allah.
DeleteTerima kasih, Masih peringkat blur..hi, hi :)
Deletehehe top2 hari ini saya mula belajar bercakap bahasa pasar Arab di rumah dgn suami, rupanya cikgu dah mendahului!
ReplyDeleteSetahun dulu saya mulakan dgn buku, lepas tu hilang ...tahun ni baru mula!
Ya terkesan dgn ayat berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Di masjid selalu ada belajar malam2, lepas belajar mesti makan berat!
Moga kita terus belajar apa2 yg bermanafaat.
Tak sangkalah Ustazah tu, kirim salam kat dia ek.
Ju,
ReplyDeleteJu pun ada ustaz in the house, ye. Bolehlah 'ana' 'anta' 'anti 'nahnu' di rumah...anak-anak Ju pun pandai berbahasa Arab, kan? Saya sekarang baru nak start setelah sekian lama dengar orang belajar dari kakak. Blur juga, keliru. Ustazah tu tukar jabatan dah! Dia dah jawab salam Ju.
Assalamualaikum...nk tya kt mn ne..
ReplyDeleteAssalamualaikum...nk tya kt mn ne..
ReplyDeleteAssalamualaikum... nak tanya dekat area mana nie ye..
ReplyDeleteMacam mana ye sy contact... sebab sy berminat nak pergi belajar
ReplyDelete