TIDUR KOREAN KAMPUNG STAIL


'Tonight you all will sleep kampung style. No bed but you will sleep on the floor,.' kata Jennifer.
Kita pun dah biasa tidur atas lantai. Tetapi ini di Korsel. Mesti unik tidur 'in Korean style'.Selalu juga tengok drama Korea yang bertema kampung-kampung dan rumah tradisional Korea , bilik tidur mereka kosong, tiada katil cuma ada almari dan meja solek. Bila nak tidur mereka akan bentang tilam nipis serta selimut 'quilt' yang disimpan di dalam almari. Rupanya lantai mereka panas. Ada' heater' di bawah lantai. Pada musim sejuk, sedap tidur. Ini adalah salah satu pengalaman, merasa tradisi cara hidup dan budaya Korea.

Macam inilah kami tidur di sebuah resort  di Mt Seorak, resort berbentuk apartment, Bilik-biliknya jenis keluarga (family type), setiap satu ada dua bilik lagi. Satu bilik tidur, satu lagi untuk anak-anak (agaknya). Boleh tempatkan 6 orang sebenarnya. Tapi kami, dua orang dalam bilik yang besar itu. Ada ruang masak (kitchenette).Bilik air pun 'pesen'   lama. Tuala mandi tak de. Cuma disediakan tuala  sebesar 'good morning towel', Tetapi kami telah dipesan bawa tuala mandi. Betul-betul cara lama tetapi kemudahan dimodenkan sebab ada TV LCD, ada dapur moden.. ada electronic heater. Pintu bilik pula jenis yang tolak ke tepi, design Korea. Aigoo.... mengapa  saya tak ambil gambar. Terlepas pandang!

"Those who missed maggie mee can have maggie mee party tonight. Don't forget to invite me to the party, ok" gurau Jennifer lagi.
Mana ada party, Jennifer. Penat. Nak rihat.
Apartment
kitcheneete.  kami tak masak
antik tak?
apa yang ada
hall
kamar tidur tanpa katil. 
Mirror imej!
tilam, selimut, bantal tersusun rapi dalam almari
bentang begini,
(sila abaikan barang-barang di belakang tu)
Jadi, kami tidur  kampung. stail Korea,berlantaikan lantai panas. Sedaaaappppnya!!Sebenarnya kita boleh kawal kepanasan lantai.. Hmmmm nyenyak  tidur malam ni.Tilamnya nipis, mudah diliipat atau gulung, mudah simpan, selesa pula tu. ( Tilam  kita, tebal dan tak boleh digulung). Lenguh-lenguh badan hilang kerana dapat kepanasan lantai. Selimut 'quilt' tebal. Hilang rasa sejuk. Bangun pagi, segar.


"Wake up call at 5 o'clock". Ada juga yang terlajak tidur!

Sakura, Sakura.....
Udara bersih, nyaman

Tunggu apa lagi
Moh kita ke Mt Seorak National Park.....

7 comments:

  1. Klu macam tu sya pun suka tidur di tpt spti tu.Moden sgt bukanlah stail kpg spti kpg di tpt kita zaman dahulu2 - tidur atas lantai beralaskan tikar mengkuang tanpa selimut tebal pun.Yalah hidup masih susah masa kecil2 dulu. Insert experience lgi.......

    ReplyDelete
  2. Cantik apartmentnya kemas dan bersih
    Tidur selerak satu famili mmg bagus
    Semua satu bilik..
    Selesanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun biasa tidur berselerak , selalunya depan TV. Di Korea mungkin rumah di bandar (moden) bilik lengkap dengan katil . Di kampung, cara tidur bentang tilam. Bezanya tilamnya, tak tebal seperti yang kita guna. Rumah-rumah tradisi seperti ini dipanggil 'hanok'.

      Delete
  3. kalau dlm drama..org kaya tido atas katil
    org biasa tido atas toto kat lantai je
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      Ada tidur atas katil, ada tidur atas lantai. Lantai dia panas waktu musim sejuk. Tilam dia nipis tetapi gebu dan sedap!

      Delete
  4. salam, boleh tahu apa nama apartment tu?? dok study pasai jeju / korsel ni.. teringin nak ke jeju :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.