AlFatihah buat bapak....
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh bapak. Ameen.
KHAMIS, 14 JUN 2007
TOKO BUKU ABBAS BANDUNG MENJADI KENANGAN RAMAI PENULIS MELAKA
Setiap kali balik kampung untuk berhari raya, sebuah kedai yang sentiasa ingin saya kunjungi dan lawati ialah Toko Buku Abbas Bandung di Melaka.
Bagi penulis-penulis kelahiran Melaka yang gemar akan novel-novel Melayu dan buku-buku kesusasteraan Melayu, Toko Buku Abbas Bandung akan menjadi tempat untuk mereka mendapatkan buku-buku sastera.
Kedai buku itu juga menjadi tempat mereka bertemu, berkumpul dan ada masanya untuk berbincang perkara-perkara mengenai kesusasteraan Melayu atau kegiatan penulis dan persatuan-persatuan penulis di Melaka.
Kebanyakan tokoh persatuan penulis Melaka itu sering dan kerap berkunjung ke kedai buku berkenaan.
Penulis-penulis seperti Asmad. , Ajikik, Moktar Yassin, Ahmad Taib, Dr. Othman Puteh dan ramai lagi penulis yang lain akan menjadikan Toko Buku Abbas Bandung sebagai tempat sama ada mereka untuk bercoleteh mengenai sastera tanah air atau kegiatan sastera di Melaka atau mendapatkan buku-buku sastera.
Kini Toko Buku Abbas Bandung sudah lama tidak ada lagi. Kenangan lama tentang kegiatan sastera di kedia buku itu masih jelas terpahat.
Bagi penulis-penulis yang sezaman dengan penulis akan mengingati kenangan manis mengenai kegiatan sastera yang berlaku di kedai tersebut.
Pada 60-an, 70an dan 80-an Toko Buku Abbas Bandung itu boleh dianggap sebagai “mini Dewan Bahasa dan Pustaka” di Melaka pada masa itu.
Ramai tokoh sastera di Melaka pernah berkumpul dan berbincang mengenai sastera di sana.
Pada zaman kegemilanganya, terdapat juga banyak novelis terkenal tanah air menghantar karya mereka kepada Toko Buku Abbas Bandung untuk diterbitkan.
Kini semua itu telah menjadi kenangan silam untuk penulis veteran di Melaka.
Tuanpunya Toko Buku Abbas Bandung ialah Tuan Haji Abbas Bandung bin Yatim merupakan seorang ustaz dari Sumatra. Tuan Haji Abbas Bandung pernah memberitahu penulis bahawa sebelum menjadi seorang penerbit pelbagai pekerjaan yang dilakukan.
Beliau tiba di Melaka pada tahun 1937, merupakan seorang ustaz muda, mula-mula beliau mengajar Al-Quran kepada penduduk-penduduk di sekitar Kampung Banda Kaba Melaka
Kemudian beliau belajar menjahit baju dan sulam menyulam dari seorang Indonesia yang menumpang di rumahnya.
Dengan kemahiran tersebut, beliau mendapat ramai pelanggan yang terdiri daripada nyonya peranakan golongan pertengahan di sekitara bandar Melaka.
Pada tahun 1942, Tuah Haji Abbas Bandung mula berniaga di kedai sendiri apabila seorang Betawi Tionghoa menjual kedai kepadanya.
Tidak lama itu, Jepun menyerang Malaya.
Pada zaman Jepun pelbagai pekerjaan beliau lakukan seperti menjual ikan kering, petai, air batu Bandung di Bandar Melaka.
Apabila British kembali, Tuan Haji Abbas Bandung mula benar–benar berniaga termasuk menjual songkok.
Dunia perniagaan buku hanya diceburinya pada tahun 1957 dengan menjual buku keluaran Indonesia.
Dari waktu itulah beliau mula bertapak menjana menjadi seorang penerbit dan toko buku yang terkenal di Malaysia sedikit masa lalu..
Kini toko buku dan penerbit yang terkenal ini di seluruh negara yang pernah menjadi rebutan para pengkiritik dan penulis untuk buku-buku mereka diterbitkan hanya tinggal kenangan sahaja.

Dicatat oleh Pena Melaka di 3:22 PG
Memang terkenal pun antaro malaya.
ReplyDeleteAda tak peninggalan buku2 toko tu?. Ada masa ambil gambar wajah tpt toko tu skrg.
Sekarang jadi sejarah. Anak2 tak mengikut. Sayang, tak pula. Nanti saya ambik gambar ye.
DeleteKALAU ADA GAMABR TOKO masa lalu dan gambar masa kini, boleh jadi kenangan utk generasi/waris masa dpn.
ReplyDeleteSkrg telah baca 'ibu melayu mengelilingi dunia buku Aishah Ghani. Tadi terperassan buku Panglima Awang tapi tak sempat nak beli. Buku2 ni kena cepat baca, kalau tersadai lama pulak nak mencapainya kembali.letak buku kat tpt lalu lalang, harapnya boleh bacalah, hehe selalunya paksa anak2 baca sama, jadi ada moodlah...
Selamat membaca, jari jemari. Kini ramai baca internet atau e book. Saya pun jarang membaca. Baca blog ada lah. Hee hee.
DeleteAlhamdulillah ada juga catatan utk kenangan keluarga & generasi akn dtg. Mmg berharga info sedemikian. Tentu lbh mengenali & memahami perjuangannya. Elok benar jika dikumpul semua maklumat ttg ayahanda u itu .....
ReplyDeleteMujur ada. Anak-anak pula masa dulu take things for granted. Arwah bapak saya memang cekal orangnya. No play2 with him. Ada juga yg buat Drs nya tulis bio arwah bapak. Boleh diterima thesis dia.
DeleteTentulah kita gembira sekalipun dalam kesayuan, bila ada orang mengingati perjuangan dan kegigihan insan yang kita sayangi. Tak semestinya anak-anak mampu atau cenderung mengikuti jejak langkah ayah, tetapi semangat dan kegigihannya amat wajar kita warisi.
ReplyDeleteTemuk amat mengingati dan menghargai terbitan-terbitan Pustaka Abbas Bandung, khususnya novel-novelnya!
Temuk,
DeleteSaya menghargai komen anda. Terima kasih kerana sokongan 'mengingati dan menghargai terbitan PAB.' Temuk ada simpan lagi ke buku-buku terbitan PAB?