MARI BELAJAR BUAT KIMCI

Satu lagi budaya Korea kami pelajari ialah cara-cara membuat kimci. Kimci pembuka selera dalam hidangan masakan Korea. Macam kita, sambal belacan mesti ada.Kata Jennifer, orang lama Korea selalu buat Kimci sendiri (homemade). Setiap gadis mesti pandai buat kimci, kalau tidak, tidak boleh kahwin. Sekarang anak-anak muda Korea lebih suka beli kimci yang dah siap termasuk Jennifer.  'That's the reason why, until now I'm not married,' gurau Jennifer. Ha ha ha....
Kami diberi peluang membuat kimci di sebuah pusat membuat kimci khas untuk pelancong.


 Kami diberi apron dan sarung tangan...  pertandingan 'masterchef' ke?. Di atas meja telah siap bahan-bahan untuk buat kimci. serta segelas kecil susu. Sebelum kelas bermula kami diminta minum susu yang disediakan, macam' welcoming drink'. Ingatkan susu salah satu daripada bahan buat kimci. Salah sangkaan saya. Kami minum seperti biasa. Jennifer membetulkan, salah satu budaya Korea, dalam majlis formal atau bila orang offer kita 'drink'  kita tak minum 'direct' depan orang ramai tetapi kita kena pusingkan badan kita sedikit ke arah kiri atau ke kanan, sebagai hormat atau beradab. Oh itu sebabnya Teringat saya drama Korea, mengapa 'si mamat atau si minah Korea ni pusingkan badan bila dia di pelawa' minum' (bukan air biasa tau)

bahan-bahannya
.
Kelas...sedia? Sedia chef!
Jemput minum
Jennifer sebagai penterjemah
Seorang guru memberi demonstrasi. Oh senangnya buat kimci. Cili yang disediakan kita sapu atau lumur atas kelopak daun lobak sehelai demi sehelai. Kemudian lobak yang telah siap disapu digulung kemas-kemas, disimpul kuat-kuat. Masuk ke dalam plastik yang disediakan.





Maka sesi buat kimci bermula. Buat dengan penuh kasih dan sayang....
Iddin pun pandai buat
Suka kimci, mesti pandai buat
Tadaaaaaaa.......
Hasil kimci air tangan orang Malaysia

Nak buat apa dengan kimci yang kami buat tu? Takkan dibuang, membazir. Tentu akan diberi kepada orang-orang miskin. 

Kimci bukan diperbuat daripada sayur lobak sahaja.
Berbagai sayur boleh dibuat kimci

Pagi ini, kami belajar dua budaya masyarakat Korea: cara minum yang tertib penuh hormat dan cara buat kimci.
Ada lagi yang akan kami pelajari.....

6 comments:

  1. Satu dunia mengenai kimci dan budayanya.Agak2 kat msia diaorang ajar apa ek?pegi ke bukir tinggi diajarnya minum teh jepun! mana ya budaya melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana dengan menganyam kelongsong ketupat? Boleh tak Ju?

      Delete
  2. Kak hjh nora...
    Kimci dah terasa sesuai pd sitekak minang ni.
    Bila pi makan restoren korea.. Mesti mkn sekali dgn nasi....
    (mmglah minggu ni akan ke restoren korea juga.....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah hjh, tak ada masalah makan korean food bila ke sana. Kami pula bila makan, pihak restoren mesti sediakan cili potong untuk kami.

      Delete
  3. kalau tgk dlm drama macam sedap je kimchi tu
    mcm2 cara diorang makan kimchi tu kan
    sos tu bawak balik tak?
    boleh cuba buat kat rumah

    ReplyDelete
  4. Irfa,
    Kimci sejenis jeruk. Macam-macam jenis ada. Selalunya daripada lobak. Sos tak bawa balik. Ada ahli rombongan cuba bawa balik sepeket kimci. Beli last minit. Tiba di checkpoint ,kena buang. sebab berair. Tak boleh hand carry.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.