KEDAI BAPAK


Mujur ada 2 gambar kenangan Kedai Bapak..gambar lama sangat!!!

Gambar pertama ialah sewaktu  PROF DR. HAMKA datang ke Melaka. Beliau jumpa arwah bapak berbincang untuk penerbitan buku beliau. Kebetulan berada di Melaka, beliau mengadakan pertemuan dengan masyarakat keturunan Minangkabau (orang Awak!). Turut hadir penggiat  sastera zaman itu seperti Asmad, Yusof Harun. Sudah tentu pusat pertemuan di kedai 'Angku Abbas'. Kami adik beradik pun turut bergambar. Prof Dr Hamka berpakaian gelap duduk sebelah bapak. Cuba cari yang mana satu saya?

Nostalgia

Gambar kedua ialah sewaktu orang-orang Minang di bandar Melaka khasnya sahabat arwah serta staf' toko bapak berhimpun untuk sambutan Hari Raya tahun 1953. Pada tahun yang sama ialah 'coronation' Queen Elizabeth Jadi bendera Union Jack berkibaran menghiasi kedai. Kedai bapak jual macam-macam tau. Ada baju kanak-kanak, kasut tinggi H.M.Ali, kain ela, kain batik Indonesia....masa itu, kedai bapak macam kedai Mydin sekarang.

Hampir semua yang dewasa sudah tiada!! :(
Antara kanak-kanak, yang mana saya?

Sahabat-sahabat bapak ada yang bergelar "Maling Kayo'. Sutan Mudo', Pakeh Tamanggong' "Angku Gadang'...seingat saya...hee, hee,  hee....

Gambar-gambar sesudah ini tak ada pula. Sayang sekali.....


10 comments:

  1. wah..besar sejarah kedai tu ye?tak dapat teka lah
    mgkin yg kecil depan sekali kot.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa.
      Kedai jdi sejarah. Bangunan dah roboh untuk pemodenan bandar melaka.

      Delete
  2. Kak hjh nora...
    Andai says tanyakan pd bapa mertua saya kedai buku arwah bapa kak nora tentu beliau tahu...
    Turut berbangga urang awak berjaya punya kedai buku tahun 50an....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hjh.
      Saya pun bangga juga dgn usaha gigih bapak.

      Delete
  3. Patut lah anak anak pak Abbas semua nya orang yang berilmu...Alfatihah buat Arwah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezza,
      Arwah Pak Abbas memang pentingkan pelajaran. Kami dibesarkan di kedai buku. Alhamdulillah.

      Delete
  4. Tkasih. Hebat sangat tu. Suka dpt tatap gambar2 lama yg bersejarah. Semlm ke PWTC, jumpa lagi dgn pengumpul buku2 lama, bila saya kata pak mertua byk buku lama kerana dia ustaz dulu2- th 30an , dia kata saya nak belilah...kalau dia jumpa gamabr dan buku2 Angku Abbas mesti dia suka, tapi kita anak2 mesti sayangkan, nak buat kenangan pribadi.
    Oh rupaya keturunan org besar kat sana.

    Korek lagi cikgu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca post terkini. Penulis ini saya kenal. Arwah datok n nenek dia BFF famili kami. Ju, arwah bapak saya orang kampung bukan keturunan org besar. Org kpg hormat arwah. Itu sebab panggil Angku.

      Delete
  5. Tak cam sgt yg mana Hjh Nora. Dlm foto 1 agaknya u yg berdiri sebelah bapak kan? Mmng nostalgia betul mmbaca cerita org2 lama yg dah tiada & gigih berjuang. Al- Fatehah jua utk arwah Bapak Abbas usahawan berjaya zaman tu.....Amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar pertama saya di tengah-tengah sebelah bapak. Gambar kedua saya no 5 dari kanan juga sebelah bapak. Cerita2Cuja juga akan menjadi kenangan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.