PENYERI BANDAR

Salam sejahtera.
Penyeri bandar...ye,  di bandar Melaka ( juga dibandar -bandar lain) bunga memainkan peranan sebagai penyeri. Mana tidaknya...dengan warna yang terang, bunga berbagai jenis, susun atur  tanaman yang cantik..menjadi bandar menarik dan ceria. Cuba lihat. rumpun bunga-bunga di beberapa sudut di bandar Melaka....macam berada di luar negara  ...ahem!!!

bunga biasa-biasa aje

warna merah ...berseri-seri, berlatar belakang bangunan merah
 'stadhyus'

yang merah 'cock's comb'

Bunga kertas dan Sungai Melaka
Dah saya kata 'macam berada di luar negara',
dalam kes ini Holland! 

sudut bunga waktu malam
Ada juga saya lihat di tempat tertentu, ditanam petunia dalam pasu berbentuk kotak panjang. Eeee...mahalnya petunia dan cepat layu pula! Pembaziran, pembaziran!!  Jalan raya bertambah seri dengan tanaman pokok-pokok puding  yang berdaun bercorak-corak, berwarna warni.

 Pokok-pokok bunga ini ditukar ganti bila sampai masanya...hampir layu (belum layu lagi). pekerja-pekerja pembekal bunga akan tanam pokok bunga baru. Tertanya juga saya pokok bunga yang lama, yang dicabut, dibuang, ke mana perginya? Ada juga rasa macam nak minta sepohon dua . Boleh tak kita ambil. Sayang, kalau ada pokok-pokok bunga itu masih lagi segar dibuang begitu saje. Apa-apa pun, saya suka bunga, memang penyeri!
Tak pe, kita beli dari nurseri sahaje lah
Miss Petunia, the flower okey, not me!
Jumpa lagi!


6 comments:

  1. Cikgu....
    Bunga memang cantik. Gambar mcm kat Holland tu memang memikat, saya pun ada posing kat situ.
    Untung dpt tender membeka; bunga, kat putrajaya sering bertukar2, mlm2 berlori2 sekali tukar. Sayangnya masih cantik lagi.

    ReplyDelete
  2. Ulfa,
    Cg suka pokok bunga. Laman kita akan berseri kalau ada banyak bunga.Ada yang senang dijaga, ada yang banyak ragam. Oh, ada juga ke 'Holland' Melaka ye? Sayang seribu kali sayang, pokok bunga yang cantik segar lagi sudah ditukar.

    ReplyDelete
  3. Salam Hajjah,

    Melihat bunga memang mendamaikan jiwa. Tenang. Canti gambar2 bunga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Long,
      Betul tu puan, bunga menawan, cantikkan taman, hati damai, jiwa permai.

      Delete
  4. Cikgu
    Mmg cantik bunga2 tu
    Nampak
    Mcm kat holland la..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.