Sarapan , Sangam

 Pagi tadi saya mendaki bukit, BS, di hadapan rumah. Sudah lama saya tinggalkan aktiviti ini. Rasa segar setelah berjalan laju 'brisk walk' .mendaki sambil menikmati udara bersih dan pemandangan bandar Kuantan (sebahagian aje). Perkampungan atas bukit tak banyak berubah, cuma ada beberapa rumah yang dahulunya kayu dan papan telah diganti dengan rumah banglo, batu..
Bagusnya rumah saya di BS. Ada warung makan berdekatan yang menjadi  'kantin' pelajar-pelajar UITM Bandar. Balik senaman pagi , saya singgah beli sarapan.

Laksam. Dulu-dulu saya tak suka, putih dan bersantan, lemak.
:Lama-lama suka pulak! Makan sebahagian, dah kenyang. 


 Ketayap, lepat pisang , kuih koci, pulut urap. Pulut urap kelapa makan dengan ikan kering.
Kalau di Melaka, pulut urap bersama air gula melaka
Kuih-kuih ini sebagai snek bila-bila lapar nanti.

Minum air RO. Dalam piring kecil itu ada 'supplement'
Saya pastikan saya ambil  ikut jadual, mesti berdisiplin.
Yang kecil-kecil hijau, spirulina, yang kapsul berminyak tu, EPA, minyak ikan,
yang putih tu, kolustrum dan tablet Vit C
InsyaAllah, diiringi dengan doa, semoga kesihatan terjaga.

Tit, tit, tit, tit, tit,tit....mesin basuh dah calling, calling.....nak jemur kain. Bye, bye!



Petang. 1.00 th Tekan remote ke Ch 102.

Eh! SANGAM!!! Ai say....dah start. Oh, saya suka cerita ini. Bukannya saya suka Hindustan tetapi SANGAM satu-satunya  filem Hindi yang klasik. A must see film walaupun ditayang berulangkali. Suka jalan cerita, pengorbanan tiga sahabat,  Sundar, Gopal, Radha atas rasa perasaan cinta dan kasih sayang...suka lagu...happy, happy dan ada yang mengusik jiwa, sedih.....suka tengok pemandangan Paris, Switzerland, Venice (waktu dulu-dululah), dialog indah (baca subntitle dah)...overall....suka  SANGAM. Ada juga part tengah-tengah cerita, terlepas, miss...tak ape...lepas tu ah,,,duduk depan TV hingga 'the end', terhibur :=)

image dari wikipedia

Masih terdengar "I will come back...I will come back..."

12 comments:

  1. i wasn't a laksam fan at first either. but after several tries, i gre fond of it! but only with lots and lots of cili boh!
    ooops, thanks for reminding me about the laundry. have a full load to settle myself!

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum Kak Nora,

    Sedapnya laksam tu..kalau kuahnya sedap..sedaplah ye..tengok kuih koci..teringat Pak Tumpang..dulu-dulu kami beli kuih koci darinya ikut celah-celah pagar MPPM..sedap kuih koci tu..

    ReplyDelete
  3. But the one I bought at the stall had only a teeny weeny spoon of cili, no 'kick' at all. Tapi habis juga. Have a nice weekend, dieya!

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam nadz,
    Tentu nadz pun boleh buat kuih sesedap apa yang pernah dirasa semasa di MPPM. Orang-orang lama di MPPM ramai dah tak ade. Selamat berhujung minggu,nadz.

    ReplyDelete
  5. dulu saya pun tak suka laksam sbb putih je kaler dia. sekali try. ketagih.



    .

    ReplyDelete
  6. Salam tM,
    Kat pasar malam Melaka mesti ada jual laksam. Tasek pernah jumpa tak? Selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
  7. Saya baru perasan tajuk entri Kak NORA pun sebut Sangam, saya pun baru publish entri terkini tentang filem ini.

    “I wil come back!” tu masa si Sunder nak pegi terbang.

    ohh filem tu nostalgia.
    Laksam? saya suka.

    Rajin Kak Nora makan Vitamin yer... jelez saya.

    ReplyDelete
  8. Sangam mengingatkan Temuk kepada panggung Coleseum (eja camna ya?). Juga Zaaba yg tak menulis Pelita Bahasa Melayu! Salam bahagia.

    ReplyDelete
  9. Salam Temuk,
    Saya tengok cerita itu di Capitol, Melaka. Nama panggung wayang dulu hebat-hebat kan? Ha, ha, Zaaba, Zaaba!! Have a beautiful Sunday!

    ReplyDelete
  10. Salam Azie,
    Sangam filem 'evergreen'. Akak suka. Supplemen kena rajin ambil untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Nora,

    Cik Din suka lah dengan laksam...saya makan juga, tapi kalau ada yang lain, memang saya tak pilih laksam.

    Masa saya sekolah dulu, kawan saya yang duduk sebelah orang Kg. Ramuan Cina Besar Masjid Tanah. Dia satu famili suka Hindustan ni...kerap dia bercerita pasal Sangam...Ha ha, saya tak tahu apa...filem Hindustan yang akan menjadi nostalgia saya ialah Filem Bobby...satu-satunya filem Hindi yang saya tengok kat panggung.

    ReplyDelete
  12. Salam Cik Yan,
    Saya suka juga Kabe Kuci Kabe Gam.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.