Suka, tak suka

Salam.
Dah berapa hari makan berasaskan lemak santan: pisang masak lemak, rendang daging (bukan saya masak), nasi lemak, bubur jagung.
Hari ini tukar: Kacang panjang tumis air bersama sambal sardin (of course, ada sambal belacan cili api, ikan kering)

Dia: Oh, masak tumis air?
Saya: Dah berapa hari makan berlemak aje, tukarlah pulak, tumis air.
Dia : Tak pergi dengan sambal sardin.
(Selalau saya masak gulai kacang panjang masak putih bersantan. Dia suka.) , Tak kena dengan 'expectation', tapi makan juga  'slow, slow.'...mujur ada sambal belacan dan ikan kering. Saya? Laju aje.

Semalam rebus ubi , makan bersama sambal tumis ikan bilis.
Ikan bilis pula dia  beli yang belum berbelah.. Ha, ni kerja 'mendera' ni. Saya cukup tak suka pilih ikan bilis. Maksudnya, belah dua dan buang 'hitam-hitam'nya.  Kan senang yang dah siap? Tapi saya tak komplen, dah tugas.
Satu lagi yang saya tak suka,buang ekor taugeh. Kalau boleh, elak masak lauk taugeh.. Bila dah terpaksa, kena jugalah, kalau tidak tak cantik masakan, taugeh berekor!
Saya suka sekarang bawang merah, bawang putih dah siap kerkupas kulit.. Mudah dan jimatkan masa, taklah berair mata bila mengupas bawang. Tapi kalau lama tak guna si merah dan si putih, letak dalam peti tak masak...hai..tumbuhlah pucuk-pucuk, tumbuhlah akar-akar. Boleh terus  tanam kalau nak dapatkan daun bawang. Bawang putih pula, mulalah berkulat. Satu masalah.

Sekarang dok fikir. Esok nak masak apa? Dia suka masam asam pedas, Tapi saya....
Nak rihat, nak rihat!!

6 comments:

  1. Salam Kak Nora.
    Saya pun suka tumis air. Anak2 pun suka tp mesti ada sambal, paling cekai pun sambal bilis.

    Ohhh siang ikan bilis? Saya paling suka, sebab leh duduk berlama-lama depan tv. Saya beli banyak, kupas sendiri, simpan balang boh dlm petiais. Tu yg duduk depan tv sampai habis 1 drama ke 1 drama. heheheh

    Bawang pun saya suka kupas sekali banyak, boh dlm bekas, simpan petiais gak.

    Asam pedas, kena ada daun kesum baru ummpppphh!

    ReplyDelete
  2. salam kak nora..boleh rihat..cuba hri ni kak nora tukar tugas..dia yang masak..kak nora yang makan..he he..
    saya biasa buat macam tu..air tangan lelaki tk kurang sedapnya kak nora..anak2 suka makan..

    ReplyDelete
  3. Salam Erna,
    Dia tumbuk cili padi + belacan melaka = sambal belacan kegemaran dia!

    ReplyDelete
  4. Salam Azie,
    Amboi rajinnyaaa....azie. Kalau satu perkara kita tak suka, kita jadikan dia sesuatu yang kita suka kan spt Azie duduk nonton TV sambil bersih ikan bilis. Kalau akak duduk sebelah rumah Azie, boleh tumpang kupas bawang, kupas ikan bilis..hi.hi.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    nak lagi senang...beli je yang dah siap...ngap je.

    ReplyDelete
  6. Salam Cg Ahnad Humairi,
    Bila malas ke dapur, beli aje.Memang senang gitu tetapi nak juga masak sendiri.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.