Kembali semula 'bertugas' setelah 'break' 2 minggu di 'istana hinggap' di BS Kuantan.
Cuti panjang CNY hampir tiba. Biasalah kalau dah sekolah cuti. maka kenduri majlis perkahwinan pun berlansung sana sini. Ada yang hantar kad jemputan, ada yang jemputan dibawa angin. ada 5 jemputan majlis perkahwinan, yang dekat dan jauh. Selain dari itu ada juga jemputan (mempelawa). Jemputan bukan majlis perkahwinan tetapi untuk rakaman siaran program TV.
Rakaman JJCM..TV3
Sabtu hujung minggu ini., pagi waktu sarapan
Bertempat di warung makan jiran 'd" perigi inn'
ada uniform, tak nampak, ye lah tu! |
.. tepi jalan , ada perigi di depan.. Terkenal tau! |
Apa yang special di warung ini?...mee rebus, resepi turun temurun...sedap.."mee rebus, satu.".
Mee Rebus Mak Leha @d' perigi inn |
ada rojak...rojak ayam,rojak mee, mee sup.kway teaw sup, (yang goreng-goreng tak ade, okey) ada juga .nasi lemak, nasi campur dengan masak asam tetel, ikan tenggiri, pari.....macam-macam ada...minuma pula ..air mata kucing, air barli.....panas dan sejuk
.goreng udang, tauhu goreng sedia menanti untuk rojak (mamak) |
Patutlah warungnya dah cantik dengan hiasan lampu antiik dan kipas angin moden. nak masuk TV :=)
wow camtiknya....meriah! |
"Ada makan free tak?"
""Adalah ...."
Ibu dan anak..Hjh Zaleha dan Fadillah, orang kuat d' perigi inn |
Kebanyakan orang di Melaka tumpu ke kedai Mak Leha. Specialnya Mee Rebus ( istilah orang Melaka untuk Mee Kari). dan makanan tengahari. Kedai Mak Leha juga menjadi 'dapur' kami kalau malas nak ke dapur sendiri. Memang ramai pengunjung. Hai, promo sahabat lama nampaknya...nanti ada diskaun tau Dillah!!!
Saya jalan kaki aje ke kedai Mak Leha, d' Perigi Inn, Jalan Puteri Hang Li Poh.
kedai yang sebelah rumah alang tu ker!
ReplyDeleteamboi macam macam juadah ni..kalau saya tak masak laa...terjah jer...hahaha
Wahhhh tinginnya nak singgah. Saya minat Mee Kari...!
ReplyDeleteZah,
ReplyDeleteBukan yang kiri dan kanan rumah alang tapi yag letaknya selang 2 rumah ke kiri (kalau rumah hadap ke bukit). Bila nak ke Melaka lagi, boleh try mee rebus dia.
Jom datang Melaka.
ReplyDeletebaru nak tanya kat mana. ooo.. kat jalan puteri hang li poh. Boleh terai ni masa balik melaka cny nanti.
ReplyDeleteHajah Pah,
ReplyDeleteHampir sangat dengan rumah saya. Sila lah. Call okey.
Assallamualaikum kak Nora,
ReplyDeleteBilalah mama nadz nak ke Melaka lagi..lama dah tak ke sana..
Nanti nak cari juga d' Perigi Inn..nak rasa makanan masakan Melaka yang dirindui..
Silakan mama nadz..
ReplyDeleteTiap kali dan setiap pagi dan petang Pak Tuo mengayoh basikal tua nya melalui jalan didepan rumah itu.
ReplyDeleteSetiap bahu yang memikul tong-tong air daripada perigi itu memberitahu kita 'berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya.'
Syabas Kak Lena.Kau berjaya kak.