satu pagi di pekan sari

Yang pernah ke tempat ini berkata
"Nak cari pakaian murah pergilah ke sana"
"Nak  shopping tudung murah, jom "
"Macam-macam fesyen tudung ada"
"Murah...murah daripada Nilai"
"Orang jauh,dari KL pun datang sini"
'Nak tengok orang Kampuchea berniaga,pergi sana"

Untuk mengesahkan komen-komen di atas, maka hujung  minggu yang lalu, pagi Sabtu, kami ke sana. 
Sana? Mana? Pekan Sari Pekan dikenali juga sebagai Pasar Mengkasar
Setelah melihat sendiri, nyata kebenaran komen-komen tadi. Kawasannya luas. Satu kawasan khas menjual pakaian  dan perhiasan diri.  Antara  barangan yang dijual ialah baju pelbagai fesyen, telekong pelbagai sulam, kain  ela pelbagai corak  dan jenis (yang telah siap dipotong), kain pasang (untuk baju kurung), kain batik  pelbagai jenama, kain pelekat pelbagai tekstur. Tapi yang popularnya ialah tudung ekpres, tudung tangkap muat yang dulu dikenali dengan tudung i*kin.(kata member, tak payah sikat rambut, capai dan terus pakai ).  Pilih saje. Harga murah pula tu. Boleh tawar lagi! Ada yang 'offer' RM10 untuk 2 helai. Oleh kerana harganya murah,selain penduduk tempatan, ramai peniaga-peniaga pasar malam dari kawsan lain turut membeli pakaian khasnya tudung di sini secara borong. Ada juga peniaga makcik kakcik yang jaja dari rumah ke rumah. Beli berkodi-kodi bukan sehelai dua.  Dengar pula percakapan penjual, dengar janggal aje sebutan BM nya. Dah pasti peniaga Kampuchea. 
Layan suasana

memilih tudung ekpres, sambil duduk di lantai
tak ada nampak tudung bawal


jual secara kodi, telekung, kain batik,  kain pelekat (ya, ya,ya..)



dah banyak tudung nak simpan di mana? selit-selitkan di tempat gantung ini!

Di kawasan menjual makanan dan sayur-sayuran , saya tertarik dengan kuih putu, di Melaka ada putu piring putih,  di sini,  kuning. Tepungnya pun kasar.
Member  ikut sama beli sakan...beberapa helai kain batik untuk cenderahati AJK W*, dan tudung untuk diri sendiri. 
Itulah dia satu pagi di pekan sari
Adik kakak sibuk memilih membeli
Tudung ekspres comel sekali
Saya cuma pemerhati
Klik,klik sana sini
Untuk coretan  hari ini.







16 comments:

  1. assalamualaikum,

    nyiur pinang dilentuk ayun,
    berbuai laju di dahan sena,
    dalam hati bagai dialun,
    nak pergi borong kat pekan sana.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam,

    Dalam hati bagai dialun
    nak pergi borong kat pekan sana
    sebelum mari mesti talipon
    Kot-kot stok dah tak ade!

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Hjh Nora
    Pekan Sari ni kat Bandar Melaka atau Kuantan? Yg berniaga, ada status permanent resident atau warganegara? Mewahnya Malaysia sebagai tempat cari rezeki. Tak apalah, kongsi ruang yang Dia beri.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam,
    Pekan Sari di Pekan, Pahang. Saje-saje jalan-jalan nak kepastian. Tak tahu pula status mereka tapi ada perkampungan mereke sendiri tak jauh dari bandar Pekan.Ya, 'kongsi, kongsi, kongsi' (antara senikata lagu) sesuai dengan musim perayaan menjelang tiba!

    ReplyDelete
  5. baru nak tanya kat mana. rupanya kat kuantan. kalau kat melaka mau gak nak cari..

    ReplyDelete
  6. sini merah sanapun merah
    walaupn merah ,tak ada darahnya
    Kat Nilai murah Kat Pekanpun murah
    walaupun murah mana fulusnya.

    burung terbang dipipis lada
    lada dipipis, halus-halus
    borong memborong berpada-pada
    jangan sampai kehabisan fulus.

    hehe...sonok bepantun dongan org melako...

    ReplyDelete
  7. salam kak nora..teringin pulak nak pergi..kat mana tu kak..

    ReplyDelete
  8. salam kak nora

    best kalo pergi pekan sehari macamni sebab macam2 ada... berbaloi...(^_^) ~

    ReplyDelete
  9. Salam Hajah kakpah,
    Cari aje di Nilai..macam-macam ada

    ReplyDelete
  10. Salam Acik,

    Moh, orang Melaka nak jawab ni,

    Kat Nilai murah, kat Pekan pun murah
    Walapun murah, mana fulusnya.
    Tudung 'syria' cantik, tudung 'ekpres' lawa,
    Tak ade fulus, jamu mata saja.

    Borong memborong berpada-pada,
    Jangan sampai kehabisan fulus.
    Pesanan acik ingatlah juga
    Agar perbelanjaan tidak terputus.

    ReplyDelete
  11. Salam Erna,
    Di bandar di Raja Pekan. Pahang, Erna..

    ReplyDelete
  12. Salam dek manje,
    Di pekan sari semua ada, tapi kad kredit tak main!

    ReplyDelete
  13. Mama Nadz pun nak cuba pantun ..hik hik..
    'Terpaksa naik keta berjam-jam
    kalau nk kekuantan nak pilih tudung
    lebih baik ler ke Padang besar saja hanya 1 jam
    kat sana pun ada juga jual kain sarong..

    Syok tengok negara kita yg makmur..tapi org luar ambil peluang raih rezeki..

    ReplyDelete
  14. Salam nadz,

    Jom akak jawab...

    Satu jam ke Padang Besar
    Untuk beli tudung dan sarung
    Berjam-jam ke Pasar Mengkasar
    Melancong, bersiar lalu memborong.

    Boleh mama nadz?

    ReplyDelete
  15. Saya dah pun tempah hanger tudung tu dgn kawan, lum dapat dapat lagi. Maklum tudung dah banyak tapi susah nak hanger guna hanger biasa.

    ReplyDelete
  16. Salam azie,
    Akak tak banyak tudung ekpres. Gulung-gulung aje bila simpan.Kalau gantung, nyamuk!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.