Rasanya?

Okey. Saya kata saya nak rihat hari ini. Tak mau masak. Dia pun tak balik makan tengahari, Rihat maknanya saya nak santai di kedai Ani. Nak trim rambut nak manja-manjakan diri. Sambil melayan  saya, Ani beritahu dia ada order ikan pekasam dari seorang pembekal.  Saya pernah dengar, pernah lihat ikan pekasam (di showcase SDSI) tapi tak pernah rasa. Ikan jeruk masin pernah saya makan. Bila goreng ikan jeruk masin , amboi, baunya melekat kat baju, mesti buka tingkap. Kalau tidak satu rumah semerbak baunya.!!!  Orang Melaka suka ikan kering, ikan masin, cincalok, sambal,belacan.Ikan pekasam? Entahlah? Saya ingin mencuba. Nak try. Kata Ani sedap. Ikannya ditangkap sendiri dari sungai oleh pembekal tersebut dan diproses sendiri.  Pekasam ikan sungai. Anak-anak Ani suka, lebih-lebih lagi bahagian kerak-kerak salutan beras. Ani kata goreng ikan pekasam (bersama adunan berasnya) sampai garing, rangup dalam sedikit minyak. Setelah garing masukkan hirisan bawang besar dan beberapa cili api. Air perahan limau tak perlu, katanya. Ani 'belanja' saya satu paket., ada 6 ekor. Sampai rumah, terus ke dapur, buat seperti arahan Ani.  Masak nasi. Jadi ikan pekasam menu utama saya, pembuka selera makan tengahari tadi.

Ikan pekasam bersama kerak-kerak beras (diperam),  hirisan bawang besar dan cili padi  Bila buka paketnya...gas yang keluar...aduh.....tahan aje lah wei


Ini hidangan tengahari saya. Nasi putih (masih panas), ulam, sambal belacan dan seekor ikan pekasam (goreng 2 ekor aje). Kalau ada perahan jus limau  pada pekasam, sedap lagi tak?

Bagaimana rasanya? Sedap? Boleh terima?

Ikan masin rasanya masin, Ikan pekasam rasanya masin dan masam.  Padan dengan nama nya. Pekasam berbau, boleh tahan juga baunya yang tak berapa sedap. Bagi saya ikan pekasam.....

: = (

Selera masing-masing!!!  Nasi habis juga.

12 comments:

  1. Assallamualaikum Kak Nora,

    Kat Kedah ikan pekasam memang mudah didapati dan banyak yang menggemarinya, termasuk keluarga mama.
    Kalau nak lebih baik, goreng garing lepas tu masukkan hirisan serai,hirisan bawang merah dan cili kering..goreng hingga naik wangi..sedap..tapi kalau ikan tu tak cukup peram tak le sedap...

    ReplyDelete
  2. kak hajjah nora..ikan pekasam saya boleh terima..boleh makan..tapi tak de pulak yang jiran bagi tu berbau..

    ReplyDelete
  3. saya tak reti makan ikan perkasam ni..mula mula tru dulu, saya basuh ikan ni, so bila goremg relai semua isi ikan ni...tinggal serdak jer.
    Kali kedua..ada orang sedekah...saya pun goreng laa..tapi sorang pun tak sentuh...buang saja..so sejak hari tu...saya tak mau beli ikan ni..not my taste laa...hahaha

    Alang ni kat Kuantan or Melaka
    kereta saya dah siap..tengah cari hari sesuai nak ke kuantan...

    ReplyDelete
  4. Salam nadz,
    Terima kasih atas cadangan sediakan ikan pekasam. Nampak berselera dengan bauan serai merai. Tengok jenis ikan juga agaknya, nadz.

    ReplyDelete
  5. Salam Erna,
    Maaflah, yang akak dapat ni ada bau, bau beras yang diperam. Masam. Agaknya kalau Erna masak untuk akak sedap tak? Hi. hi

    ReplyDelete
  6. Zah,
    Saya telah dinasihatkan jangan basuh,goreng terus dengan serdak-ssrdak beras. Sedap ikan tenggiri jeruk tabur hirisan bawang dan cili goreng, perah asam limau. Zah, alang dah seminggu di Kuantan.

    ReplyDelete
  7. aunty, dulu my former housemate masa student org kedah, suka goreng ikan pekasam. habis satu rumah sewa berbau :-D
    dieya makan gitu2 je.. ikan masin ngan sambal belacan jugak best!

    ReplyDelete
  8. Hi dieya,
    Mula-mula mungkin tekak aunty tak boleh terima. Gas yang keluar bila kita buka paket nya tu yang tak tahan!

    ReplyDelete
  9. salam kak nora..
    saya suka pekasam tapi kena goreng lebih garing lg..boleh makan dgn tulang2 dia sekali.
    makan dgn pulut kukus + kelapa parut pun sedap.

    ReplyDelete
  10. Salam ieda,
    Hari itu Ani, fren kakak, makan dengan pulut kukus. Agaknya kalau kena dengan ikan, cara 'perkasam'kan ikan dan juga cara menggorengnya, boleh jadi sedap rasanya. Apa-apa pun, selera masing-masing, kan ieda?

    ReplyDelete
  11. Kak NORA, saya orang utara. Pekasam ni dah memang menu azali lagi. Kecik2 dh pandai makan. Kena makan dgn pulut tanak, seperiuk habis.

    ReplyDelete
  12. Salam azie,
    Nampaknya orang Melaka kena cari orang utara untuk menery (try) pekasam asli!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.