Lesung batu

Lesung batu. Membuat sambal belacan dengan mengguna lesung batu lebih ooommmph daripada mengguna blender. Saya ada lesung batu yang kecil dan comel , cukup untuk membuat sambal belacan untuk sejemput cili padi bersama belacan, juga sejemput, atau  nak tumbuk bahan-bahan tumis (kalau perlu lah). Masalahnya pun ada. Bila giat bertumbuk, terpercik cebisan cili  ke rata tempat , terpelanting hirisan bawang,. Dah lama nak ganti dengan yang lebih besar.

Pagi semalam pergilah kami ke kedai 'keperluan barang-barang harian', Cow*oy. Sambil mencari batu pengasah pisau, terjumpalah longgokan batu lesung, macam-macam saiz .
Ada yang terbaru (agaknya), bentuknya pun unik. Bahan batunya pun lain, tak berapa kasar.  Dalam, kalau tumbuk cili ke, bawang ke, mungkin tak terpercik air atau bahan. Beli sebuah.


Balik ke rumah, buat lah sambal belacan dengan menggunakan lesung baru. Tok, tok, tok, kedengaran bunyi yang lain macam, macam kosong aje. Ah, tak berapa elok lah hasilnya. Cili tak berapa hancur. Lesung lama lebih baik.  Agaknya lesung ini lebih sesuai untuk 'menggesel' cili, belacan supaya pecah (macam buat sambal rojak petis, rojak buah). Bukan untuk menumbuk! Lalu nak buat apa dengan lesung ni?
Jadi pasu bunga!


Yang ini juga satu lagi lesung (atau batu penggiling).Digunakan oleh 'orang seberang'

Jadi perhiasan juga.
Okeylah ,.nak ke dapur nak buat nasi goreng sambal belacan!!

14 comments:

  1. Salam, lain macam rupa batu lesung yang baru tuh..
    He he he cantik pula bila dijadikan pasu bunga..

    ReplyDelete
  2. Salam MM,
    Cantik tapi 'unfunctional'. Agaknya lesung ini berasal dari negara jiran kita sebelah utara.

    ReplyDelete
  3. Ye lah. Nampak begitu moden sekali lesung batu. Macam dibuat dari batu marmar jerrr. Tak ori tu Kak.

    Saya mula kahwin dulu lesung batu comel gak. Tapi bila bertambah ramai anak, tukau beli lesung batu yang besar.

    Selain nak tumbuk sambal banyak, anak2 rajin nak numbuk, tapi bersepah, besar elok utk budak2.

    ReplyDelete
  4. Salam Azie,
    Memang tak ori. Nampak macam diperbuat daripada batu marmar campuran. Tak boleh tumbuk kuat-kuat.Letak tepi guna yang lama semula.

    ReplyDelete
  5. Tergelak saya tengok kesudahan lesung marble tu..hahah...rupa jer lawo...

    ReplyDelete
  6. Salam Ezza,
    Nak yang cantik, tu jadinya. Kalau nak lenyek-lenyek aje boleh. Muka lawo, jadi perhiasan ajelah.

    ReplyDelete
  7. i was about to say.. cantiknya lesung baru aunty, mcm sayang je nak guna.. tengok2 dah jadi pasu bunga :-D

    ReplyDelete
  8. Hjh Nora
    Lesung baru ada juga kerja. Kesihan batu penumbuknya, menganggur. Boleh dia kerjasama dgn batu penumbuk lama?

    Bagusnya lesung, sudi dia menjadi pasu. Takkan si pasu nak jadi lesung..... Salam bahagia.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,

    saya guna lesung batu tu...ketuk kuat-kuat (nyambal kosong) ketika nak kejutkan kawan sebelah rumah bangun sahur waktu bujang dulu.

    ReplyDelete
  10. Salam dieya.
    The lesung batu was supposed to serve its function but then it doesn't work. So, 'you stay in that corner and hold these flowers!'

    ReplyDelete
  11. Salam Temuk,
    Itu bagusnya, kalau ada terlebih lesung, jangan buang, jadikan dia hiasan landscape. Batu penumbuk baru standby, in case yang lama mogok.

    ReplyDelete
  12. Salam cg Humairi,
    Bagusnya jiran, dapat pahala tu!

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum kak Nora,
    Batu lesong baru tu kalau nak buat som tam boleh ler..nak buat sambal kena lesong batu sungai yang ori juga...
    Mama nadz suka tengok batu penggiling tu..
    kat rumah ni ada batu pengisar tepung..tapi anak2 dah improvised buat air terjun...

    ( Kak Nora, ( mama dan kawan2 semaktab MPPM kat kedah amat teringin nak ziarah En Hanopiah Puteh, boleh kami dapatkan alamat beliau).

    ReplyDelete
  14. Salam nadz,
    Batu penggiling itu dibeli di Padang Sumatra. Sebenarnya anak perempuan Cg Hanopiah berkahwin dengan adik lelaki adik ipar saya. Alamat beliau 113-C, Taman Pringgit Jaya, 75400 Melaka. Beliau sihat dan tentu gembira ada pelajar-pelajar lama masih ingat beliau. Persekitaran MPPM dah berubah,nak naik taraf. Yang masih ada Dorm Q, asrama kat depan tu, gym, lecture theatre...datanglah sendiri tengok!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.