Mee 1Malaysia

Pernah rasa mee goreng ini?

Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali.

Kemudian, tumis sikit bawang merah dan putih yang telah di blend.

Tumis cili giling, ikut rasa..kepedasan.

Gaul rata hingga naik bau.

Masukkan sos cili yang special ini, bukan yang biasa-biasa kita gunakan, ye. Tak taulah ada tak di supermart?

Tapi yang special, cop Cing Chong Wah (adakah nama  jenama ini?) dalam botol, cili  merah juga!

Gaul rata lagi.

Masukkan taugeh (tak perli buang ekornya) bila naik bau.

Gaul rata bersama tumisan. Tak usah sampai lembut taugeh itu. Separuh masak kata orang, ada  nga-ngup-nga-ngupnya...rangupnya.

Akhir sekali masukkan mee kuning (bukan mee hoon, bukan kway teauw, bukan mee batang..bukan semuanya)mesti mee kuning cop apa-apa pun..

Sebatikan semua bahan dan gaul, gaul rata.

Nanti puan yang menggoreng tadi akan tanya

Nak cuka dan kicap?

Cuka dan kicap?
 Ada yang tak suka cuka, ada yang suka kicap, ada tak mau kedua-duanya.

Masam dan masin...pembeli diberi pilihan.

Mee goreng tanpa  perencah...udang (kering maupun basah), tanpa daging (baik lembu ataupun ayam). tiada telur pecah, tiada sayur selain taugeh semata...tak berkhasiat langsung....tetapi popular. Laris. Sedap dimakan panas-panas. Mee ini digoreng sekali gus untuk agak-agak 5 orang makan. Kalau habis, goreng lagi..

Ramai yang datang sarapan di warung (sebelah rumah BC) dan order ..mee simple...mee sempoi.. mee plain.. Penggemarnya boleh dikatakan 1Malaysia. Murah pula harga nya. Satu pinggan RM1.20sen. Kami di rumah BC namakan menu ini  mee bodoh. atau mee Sabariah. 'Bodoh' sebab..tak ada perencah..mee kuning dan taugeh semata-mata. ..'Sabariah' sebab beliaulah taukeh asalnya.

Bila makan mee 'bodoh', terasa taugeh yang separuh masak, terasa masin dan masam, terasa kepedasan sos cili special.

Di mana letak kesedapan dan kelarisan mee bodoh ini?

Pada sos cili CCW ke?

Tapi, bila ada emergency, bila tak ada pilihan lain, bila kedai makan lain tutup..mee 'bodoh' menjadi pilihan
Mee 1Malaysia!

2 comments:

  1. Salam kak nora, hu hu...nak carik sos cili yg special ni, cop Cing Chong Wah :)

    ReplyDelete
  2. Puan isah,
    Nama sebenar tak tau. Puan cari di kedai dengan nama CCW memang tak jumpa!He, he..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.