Jangan membazir

Sudah seminggu kami menjeling-jeling dalam kesejukan di dalam peti ais. Pada mulanya kami  adalah antara bekalan makanan yang dibawa oleh rombongan ke Kompleks Haji Kelana Jaya.  Rendang daging menjadi lawan kami. Oleh kerana ada menu lain menjadi pilihan maka kami yang tinggal dibawa balik ke rumah. Tapi yang tertera di atas bukan imej kami tapi imej rakan-rakan kami diambil dari Google. Terima kasih ye tuan empunya.
Lalu satu pagi sedang kami kesejukan dalam peti, kami dikeluarkan. Terdengar ada orang nak menerai (try) resepi soto ayam ezza@makcik blogger. Siapa lagi kalau bukan Kak HN, tuan punya blog ini. Mudah saje buatnya...tak guna rempah soto tapi guna 2 paket rempah sup adabi plus 1 paket rempah kurma. Yang berminat nak cuba ,silalah singgah ke 'rumah' ezza (dia sedang sibuk sekarang ni). Lalu setelah kami dibelah empat, diperhangatkan dalam microwave, kami dimandikan dengan sup soto ayam ezza. Oh bukan, imej di atas bukan kami tapi diambil dari google juga. TQ juga tuannya. Kak HN Tak sempat nak ambil gambar. Kami dihiasi juga dengan pergedel serta air  lada kicap pedas. Ooooops, tukang masak terlupa beli taugeh dan terlupa tabur bawang goreng. Patutlah macam ada  yang tak kena.Tak apa, tak ada taugeh dan bawang goreng  sup soto ezza sedap ada ummmph! Habis ke kami dimakan? Tak, ada lagi, maka tinggallah mana-mana yang ada dalam peti ais. Tak kuat makan rupanya umat di rumah BC ini!!
Imej ini di 'crop' daripada imej asal ezza yang sedang menayangkan sup soto ayamnya.
Hari ini ......pagi tadi.....kami semua dikitar semula lagi. Kali ini dijadikan pula menu lontong goreng. Kami tahu satu cara aje makan lontong..dengan kuah lodeh (ingat lagu lama 'lodeh mak lodeh, lodeh anak pak salleh'...). Rupanya boleh digoreng dengan campuran daging kisar, udang, telur. Sekali lagi kami di belah kecil dan badan kami disaluti dengan campuran berlada tadi. Itu gambar kami, lontong goreng diolah oleh mummy si Iddin. Nampaknya, riwayat kami sampai di sini saje..tunggu next episode...kan umat di BC tak ramai dan pulak tu tak kuat makan? Ke mana kita lepas ini ye?
Ketupat, ketupat....bermula bersama rendang, buat soto nasi, akhirnya lontong goreng. Masih ada lebihan...alahai!

6 comments:

  1. Wahhh saya tak pernah dengar pasal Lontong Goreng (celup tepung ek?)
    Nanti nak try lah...

    ReplyDelete
  2. Salam Azieazah, saya tolong jawab ya..sebab saya tukang masak cik lontong goreng tu pagi tadi!

    Tak...tak celup tepung. Ramuan dia macam buat nasi goreng aje - bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar, kicap, sos tiram, sos tomato, daging kisar, udang, kobis & carrot. Dah masak, masuk lontong. Bila last sekali tu, pukul telur macam nak buat telur dadar, pas tu 'selimut'kan lontong dengan telur tadi. Biarkan kejap, pas tu kacau sampai kering sikit, baru padam api. Selamat mencuba..ni makanan orang Johor!

    ReplyDelete
  3. Azie,
    Akak pun first time makan lontong goreng. Kalau Azie berminat nak tahu lebih lanjut lagi, browse google pada 'lontong goreng'. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  4. salam...cikgu biasanya macam ni lah...tak suke membazir! sy pun selalu gak buat nasi impit goreng...

    ReplyDelete
  5. Kalau ada lebih lagi, ke Mr Tong lah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.