Lain padang, lain belalang

Salam,


Satu pagi di pasaraya TM ( logo 'kangaroo'', orang di Kuantan tahulah supermart mana satu). Saya nak beli seikat daun pandan (di rumah BS tak ada tanama-tanaman).Harganya 70 sen seikat. Pergi ke kaunter timbang untuk si mamat letakkan harga. Si mamat kata tak payah, cashier tahu harganya. Saya kata kalau dia nak scan nanti, macam mana. "Tak apa," kata mamat " dia tahu".

Okeylah, tiada masalah bila nak buat pembayaran. Cashier cantik ayu cuma tot-tet-tot-tet (key in) harga daun pandan pada mesin register. Tak payah scan.

Pagi yang lain di pasaraya C4. Berkenan kat muffin yang bulat gebu. Tertulis pasa poster "Any 4 @ RM5.60 "(offer lah tu). Setelah membuat pilihan, terfikir juga. Nak gi tempel harga tak? Dulu kat TM, tak payah, cashier tahu. Tak payahlah jadinya.

Di counter pembayaran.

'"Mak Cik, muffin ni kena letak harga," kata si cantik manis.
"You kan tahu kan harganya, RM5.60 untuk 4 muffin", jawab Mak Cik (yang take things for granted)
"Tak ada tempel harga, saya tak boleh scan"
"Oh pulak! Okeylah, tak apa, put aside the muffin,' jawab saya.
Tak kuasa nak patah balik cuma nakkan tempel harga. Jauh pula tu tempatnya. Malas!!
Lagipun, muffin tu tak mustahak. Tak ada dalam shopping list.

Dua pasaraya, cara berbeza.
Sesuai tak peribahasa "Lain padang, lain belalang' untuk kes ini?

Tambahan: Apa hasil eksperimen buat kek semalam?
Biarlah rahsia!!!! urgh!!!



7 comments:

  1. tak baik rahsia2 tau kak. he he.


    .

    ReplyDelete
  2. haha tasek, akak rasa mesti kek kak nora ni hangus wakaka....

    tak baik nuduh2 kan nora kan?

    anyway, pasal lain padang lain belalang tu, betullah tu... kat kampung saya banyak belalang kunyit tapi kat sini jumpa belalang yang hijau je. (eh.. jawab soalan ke tu)

    ReplyDelete
  3. Tasek n hajah,
    Memang betul tekaan hajah. Itu sebab mesti shhhhh. Entahlah belalang...

    ReplyDelete
  4. Salam Hajah,

    Semalam nak beli musk-melon kat the sto*e...mamat bangla kata tak payah tempel harga sebab harga sebijinya RM6.00...suami ambik 2 biji...gi kat kaunter nak bayar...cashier kata kena tempel harganya dulu...so, tak belilah..letak jer kat cashier tu!!

    ReplyDelete
  5. Salam hajah,
    They don't want our money!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.