Nasi sejuk

Salam.

Saje nak cerita. Dah masak, buat laundry, kemas-kemas dapur, rumah.....hadap PC lah.

Semalam. Semalam saya masak, masak asam pedas ikan parang, sayur kangkung goreng belacan, ikan sepat kering goreng, ulam petai, sambal belacan cili padi. Petang masak bubur jagung, kali ini guna jagung yang berkrim.

Hari ini. Puas saya di dapur, masak sup tulang, sayur pucuk paku goreng, ikan kering( lagi), sambal belacan cili padi (kali ini goreng dulu belacan dan cili padi sebelum ditumbuk), ulam petai/timun. Bubur jagung semalam ada lagi, dah disejukkan.

Tapi, pagi tadi, ada orang tu, teringat nak makan nasi sejuk dengan ikan kering. Ada lebihan nasi semalam. Ada lebihan ikan sepat semalam. Dia kata dia suka makan nasi sejuk dengan ikan kering masa kecik-kecik dulu dan, bila ada kesempatan, ketika usia gini.

Teringat juga seorang kawan juga suka makan nasi sejuk waktu pagi. Sudah menjadi kebiasaan. Waktu bercuti di Bangkok dulu, dia boleh bawa satu beg yang dipenuhi dengan makanan... sardin tin, timun, cili merah, tomato, limau sambal, garam,ikan kering dah siap goreng, roti...sebab katanya dia suka makan nasi sejuk untuk sarapan. Jadi nasi waktu dinner semalamya, dia tapau sikit untuk dimakan esok pagi. Sarapan dalam bilik. Makanlah nasi sejukdengan sardin ulam timun. Saya pula buat sandwich sardin.

Dulu bibik di rumah pun suka makan nasi sejuk sebagai sarapan. Udah biasa, kata bibik N. Agaknya di kampung, dia mulakan hari dengan makan nasi, kerja petani, kerja keras, perlu tenaga.

Saya pula kalau ada nasi sejuk lebihan semalam, recycle, buat nasi gorenglah jawabnya. Hendak pula ada ikan goreng (di carik-carikkan isinya) dan sambal belacan. Jadilah nasi goreng ikan sambal belacan. Atau jadi nasi goreng kampung, nasi goreng Cina.........dsbnya. Tapi tak kan hari-hari makan nasi goreng.

Sekali sekala makan nasi sejuk okey. Tapi nasi ini dah bermalam, dah masuk angin....sejuk. Silap-silap, boleh sakit perut kembung, masuk angin. Nak beri nasi sejuk ni pada ayam itik, tak pula pelihara. Orang keliling rumah pun tak nampak bela ayam itik. Sayang kalau ada nasi lebihan semalam. Kalau dipanaskan semula tak apa agaknya.

Eh, lapar pula. Dah time makan. Abang, kenyang lagi ke?
Pukulan nasi sejuk dan ikan kering lah ni!!!!!


6 comments:

  1. masak macam ada ramai orang jer...heheh....sedap sedap pulak tu..

    mak saya cakap jangan makan nasi sejuk..buat jer nasik goreng...angin lah gemok laa..tapi kalau tak makan pun ada angin ada gak..badan gemok gak...

    ReplyDelete
  2. Ezza dear,
    Kadang2 nak juga makan masakan sendiri. Haah,penuh fridge dengan 'left over'. Yang selalu sendawa tu, badan penuh angin lah....

    ReplyDelete
  3. kak nora,
    kenapa nasi goreng arwah makcik saya tak sama dengan saya goreng?..Soalannya yang sebenar..
    kenapa masakan tahun 70an tak sama rasa dengan masakan sekarang walaupun menggunakan resepi yang sama? Pernah terkena/terfikir tak?

    ReplyDelete
  4. Salam hajah,
    Air tangan masing-masing berbeza walaupun resepi sama.

    ReplyDelete
  5. salam hajah,

    masa kecik2 dulu saya pun suka makan nasi sejuk dgn kuah singgang...+ cili api...best!! arwah mak punyer ikan singgang is the best in the world...:)

    ReplyDelete
  6. Hajah,
    Sedaaapnya....Hingga menjilat jari ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.