Pagi Jumaat

Salam .

Selama 'bercuti' di Kuantan, dah bermacam menu untuk breakfast...... Roti kahwin bakar (kaya n marjerin), nasi dagang, nasi lemak bungkus, soto nasi, soto mee, nasi himpit kuah kacang, kway teow goreng, nasi goreng kampung......

Sebagai sarapan pagi tadi, saya buat jemput-jemput roti guna lebihan roti( yang expire). Carik-carik roti, rendam dalam air dan susu cair. Sambil tunggu ia mengembang, dadu bawang besar, hiris cili merah, hiris daun sup dan daun bawang, tumbuk sedikit ikan bilis. Campakkan ke dalam rendaman roti tadi. Pukul sikit sebutir telur, tuangkan ke dalam adunan. Gaul rata. masukkan beberapa sudu tepung jagung dan baking powder, Gaul rata lagi. Kalau suka bubuhlah lada sulah. Garam jangan lupa. Sukatan bahan-bahan, ikut sendiri. Main campak aje. Saya gunakan 'aksesor' i apa yang ada. Kalau ada jagung (tin), udang, daging ayam, lagi uummpphh jemput-jemput roti tu. Adunan tadi disudukan ke dalam minyak, goreng hingga kekuning-kuninagn. Makanlah dengan sos. Saya cicah dengan kuah masak asam (yang dah bermalam dalam freezer).

Sudah itu, JY tunjukkan saya pula satu video dari U tube. 'Mari tengok ni' dia kata. Video mengisahkan apa jadi kepada 'badan' seorang remaja muslim lelaki berumur 18 tahun setelah dua jam berada dalam kubur. Bapa remaja ini minta digali semula jenazah anaknya untuk dibuat autopsy. Ngeri saya, insaf saya. Saya tengok di celah-celah jari. Rambut hitam remaja tadi semua tukar jadi putih, mata terbeliak besar, bulat, darah hidup mengalir keluar dari mulut. Seram!!!! Ini seksa kubur. Baru berada 2 jam!!!Lepas tu disambung dengan pula video suara dari perut bumi. Rakaman di Siberia. Pengkaji berkenaan telah meletakkan ultra sensentif mikrofon kat sebuah lubang besar. Tujuannya untuk mengkaji pergerakan bumi. Lalu terdengar suara jeritan manusia (yang telah mati)mendayu-mendayu dan ada juga suara laungan "Allahu Akhbar. Subhanallah, saya seram. Sori, tak reti saya nak load ke blog.

Apa kah rakaman ini benar? Saya kurang pasti. Tapi melihat video telah menyedarkan saya!

"Ya Allah, lindungilah kami daripada siksaan kubur........"


10 comments:

  1. kak nora,
    hmmm... baca pun dah ngeri... apalagi kalau dengar dan lihat...
    belum lg yang akan kita hadapi...
    Allauakbar....
    Semuga Allah menghindarkan saya dan kita semua dari siksa kubur degan rahmat dan kasihsayangnya.....amin.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nora,

    Takut yaaa....saya selalu bayangkan apa akan terjadi bila jasad dah masuk kubur...ya..Allah! takutnya..

    ReplyDelete
  3. Alang..

    takut nya lang...
    alang ni makan macam tapi badan cinonit jer...apa kah rahsia anda?

    ReplyDelete
  4. salam Nora terima kasih sudi singgah di my daily happening ye:)

    ReplyDelete
  5. Yan,
    Akak takut...

    Ezza,
    Makan macam-macam tapi dalam jumlah yang sikit...'seceput' aje

    Elle,
    Salam Elle juga. Selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  6. semuga kita cukup amal untuk membantu di sana.. takut memikirkannya.

    anyway, cekodok tu macam sedap je. nak terai lah nanti...

    ReplyDelete
  7. Salam hajah,
    Video tersebut memang menimbulkan insaf kepada kita. Yea, cekodok tu simple and nice.

    ReplyDelete
  8. Salam Hjh
    Cucur bawang orang Kedah jauh lebih simple. Cekodok Hjh tu jenis komplekslah tu. With lots of different ingredients, which can be costly. Pasti enak. Menarik juga kerana macam ngam pula dgn kuah asam! Kisah-kisah di U tube ni kata orang kena berhati-hati. Tapi kalau ada iktibar baik, kita lihatlah iktibarnya. Have a nice day.

    ReplyDelete
  9. Salam Temuk.
    Selalu buat yang mudah juga, yang kosong, cuma tepung dan telur, air, kegemaran budak-budak di rumah ini. Cucur roti,bukan resepi orang melaka tau, kalau ada lebihan dalam fridge. Memang tak boleh percaya 100% kisah di U tube, cuma buat peringatan sja.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.