Salam.
Satu ketika dahulu, ia cuma dikenali sebagai 'Bailey Bridge'.
Orang kampung saya panggil Jambatan Bailey atau
Jambatan Pengkalan Rama. Nama sebenar, oooopps,
saya tak pasti.
Dulu dia cuma jambatan biasa melintasi Sg Melaka,
menghubungi Kampung Pengkalan Rama Pantai dengan
Kampung Morten.
Sekarang...sila lihat 'makeover' Jambatan Bailey.
Ada 4 buah arca tengkolok pahlawan, berwarna kuning, di setiap penjuru jambatan.
Setiap satu terletak dengan 'berat'nya di atas 'rumah pengawal'
Ada juga ruang untuk pejalan kaki.
Tinggi sikit daripada dulu...
Lalulintas tak boleh miss arca tersbut.
Hmmmmm........anda suka tak arca tengkolok tu?
What do you think????
Ini pula jambatan yang menghubungi Kampung Morten (Kampung Baru Melaka)
dengan Jalan Bunga Raya, dekat sebuah hospital swasta,
juga menyeberangi Sungai Melaka (airnya biru!)
Oh ya, untuk pejalan kaki sahaja, okey.
Sebelum ini, ia cuma jambatan besi, plain and simple, lurus aje.
Tinggi. Kalau nak guna jambatan ini, mesti guna anak tangga.
Nah, setelah 'uplift and makeover',
ia melengkung membentuk 'arch',
tak perlu tangga lagi.
Manis, dihiasi dengan motif bunga
Ada pula pemegang besi ukiran indah untuk keselamatan pengguna.
Sambil menyusuri Sungai Melaka, bolehlah pelancong-pelancong
'mengkagumi keindahan ' jambatan-jambatan terkini.
Anda suka?
Projek 'uplift, upgrade, makeover' jambatan-jambatan tua,
jambatan yang sudah lama dibina melintasi Sg Melaka,
sedang giat dijalankan.
Sudah hilang binaan jambatan sejarah lama,
yang saya kenal satu masa dulu.
Fuyoo!!! Lama dah kakpah tak ke melaka ni. Dah banyak make over rupanya..
ReplyDeletekak nora,
ReplyDeletememang dah cantik bandar melaka sekarang ni..jauh benar berbeza dengan 10 tahun dahulu...
tahniah buat orang melaka...saya pun boleh keliru bila masuk dalam bandar melaka....walhal jambatan tu saya selalu ikut kalau hendak ke pasar lama..(sebelum tukar ke melaka central..)
Salam hajah kakpah,
ReplyDeleteSila-silalah ke bandar Melaka sendiri tapi jangan pada hujung minggu atau cuti. Trafik jam.
Salam Hjh Rahmah,
ReplyDeleteBandar Melaka sudah berseri sekarang.
Hjh
ReplyDeleteNtah berapa bnyak tahun dulu, dgn seorang kawan, ada survei sikit Kg Morten + tnggapan plancong yg naik bot kat sg tu. Masa tu tebing sg berdnding selut! tk da konkrit pnjang. Airnya sikit (nmpak ikan2belacak brkeliaran, sbb masa air surut), bngunan2 & blakang2nya tk cun, prskitaran hamis, botnya bsar & tk cun juga (sikit isi!)& trsangkut2 sbb tk cukup dlm airnya (kna ke dpan ke blakang bnyak kali baru jalan), & tourist guidenya pula tk cekap cakap & tk da crita. Para plancong mat salleh masa tu cemek2 muka + kelapkelip mata & komen2nya kami kutip! (Frus saya, tp tk wajar nk kata apa2). Now, things are very different there. Smoga trus ditambahbaik. CM Mlaka mmang hebat. Negri kecik dh jadi besau. Alhamdulillah. Salam.
Salam Temuk,
ReplyDeleteTK. Yang tak boleh ubah ialah jalanraya yang sempit.
Salam KAK NORA, (sambil salam tangan)
ReplyDeletenak berkenalan dan berkawan, bleh? hehehehe..
Salam azieazah,
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan. Boleh apa salahnya.