Goreng balado

Salam.
Satu lauk sahaja, cukup
Satu masakan yang membuka selera,
ahli-ahli di rumah BC.

Kalau dah orang Minang,
masakan barat boleh di tolak tepi.
Makan ikan nya sahaja pun tak mengapa
Asalkan ia ikan goreng, tetapi
istimewa lagi ,
ikan tenggiri penuh berisi
digoreng balado
cili pecah.



Berselera bukan?
Mi, makan ikan aje boleh?

(Mummy yang goreng sambal lado, ikan, nek lang yang goreng!!)

10 comments:

  1. kak nora,
    kak nora pun orang minang?
    tak sangker....
    sedap lauk tu...
    boleh tiru nanti...
    dengan ikan pelaling pun sedappp....

    ReplyDelete
  2. Salam Hajah,
    Yes man. Maaf, ikan pelaling, den indak tau!

    ReplyDelete
  3. Lang..
    pelaling tuuu kembung leper tuuuu

    hahahaha...

    den pun suko macam ni..kalau pakai paru pun sodap

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nora,

    Saya pun selalu masak ikan berlada ni, tapi cilinya cili kering yang diblender...tengokkan gambar ni rasanya cili merah hidup gayanya...ayo! nampak sedap, ni kalau makan dengan nasi panas-panas dan percik kicap sikit atas nasi tu...mesti sedap punya! :-)

    Tuuu entry sebelumnya...adoi!!! sedapnya kek tu...saya memang suka kek, apa lagi kalau butter kek yang di lapis dengan jem....boleh habis satu loaf tu!!! yumyummmm!

    ReplyDelete
  5. Nora, kakpah slalu gak buat ni tapi pakai cili api. Lagi powerrrrr.....

    ReplyDelete
  6. Tak kiro lar cili apo pun, janji pedas mesti sedappp...

    Kak NORAAAA...! ajarlah masak tu. Tak pun ajak ler makan sama.. :D

    ReplyDelete
  7. kak nora,
    ikan pelaling tu adalah ikan kembong yang kecil leper sikit. Kalau kat pasar di pulau pinang, ikan ni ditangkap dan dijual segar...keras dan berkilat lagi...
    kat pasar melaka dulu, saya pun tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
  8. Salam Ezza,
    Paru goreng balado pun bessst, tapi kena control tau. Kalau orang Minang kata ikan itu ikan paliliang.

    Salam Yan,
    Benar, guna cili hidup (walaupun harga dah melambung, balado tetap balado). Yes. saya gaul sambal cili tu dengan nasi dan titis kicap si lemak manis. Laju makan...
    Kek senang buat tak leceh macam buat biskut kan? Tapi saya tak suka baking, makan bolehlah...

    Salam Hajah Pah,
    Power sangat tak mainlah!

    Salam Azie,
    Kak tak pandai masak, baru nak belajar ke dapur. Malunya.

    Salam Hajah Rahmah,
    Ikan kembung yang dipanggil Ikan temenung di Melaka banyaklah.

    ReplyDelete
  9. Salam Didi.
    TK singgah rumah saya. Nak sepotong ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.