Orkid oh orkid

Salam.
Saya geram. Saya geram.
Melihat pokok-pokok orkid di rumah my SIL di BP
Semuanya menjadi.
Semuanya segar bugar.
Semuanya berbunga cantik menarik.
Macam-macam spesi
(tapi tak bernama)
Pelbagai warna.
Berseri taman.
Cantik. Menawan.
Letaknya di bawah matahari.
Tak perlu 'shade'
Tak perlu 'rumah orkid'



Tapi, tengoklah tanaman orkid ku :C
baru dua, tiga pasu.
Kononnya dulu nak buat projek
sebulan 3 pokok.
(kalau setahun?)
Dapatkan yang sudah berbunga
Supaya tidaklah kecewa menunggu masa.
Beli pasu, beli arang
Pokok ditanam dengan penuh kasih sayang.
Orkid-orkid saya kelak
akan diletakkan nama sebenarnya.
bukan cuma
'dancing girls'
'orkid kala jengking'
.
.
.
.
Tapi tak boleh jadi, Rugi nampaknya.
Tanaman orkid
Tak bermaya,
Walapun dibaja, disiram,
habis kering, hampir mati.
'penjagaan tak betul?'
Surrender aku!!!

Tengoklah sendiri .......


Bila-bila ke rumah SIL di Parit Besar, BP,
Hati gembira sekali, takjub...
'snap sana, snap sini'......
semuanya menambat hati.
Memang, saya geram, geram......
Orkid oh orkid.
Apa rahsia mu?
Tanyalah Pak Sahak dan Mak Idah.
Penggemar orkid tegar!


Posted by Picasa

11 comments:

  1. nora, kakpah tanam okid tak mau jadik. mula2 beli, berbunga (memanglah sebab beli pun yang dah keluar bunga hikhik..). lepas tu segaaannnn je nak berbunga lagi. Agaknya tak cukup bela lah tu.

    ReplyDelete
  2. Betullah hajah. 'High maintenance' okid ni, kan?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Banyak ya tanam orkid.. boleh perluaskan lagi nih.

    Salam bersuai kenal. Jemput baca
    http://www.faridrashidi.com/2010/01/24/sinar-mentari-selepas-pelangi/

    ReplyDelete
  4. Salam Kak NORA... saya pernah dengar orang kata bertanam bunga ni kena lemahlembut dan “berbual” dengannya...

    ntah di mana kebenarannya..

    “tangan panas” tak leh tanam pokok.. ini pun saya pernah dengar juga..

    Apapun, memang kena bersabar tanam bunga ni, kan?

    ReplyDelete
  5. kak nora,
    orkid ni kena penjagaan berterusan...
    macam jaga anak kecik...
    belum mampu lah....

    ReplyDelete
  6. Salam Faridrashidi,
    TK kerana singgah. Taklah banyak sekadar tanaman pasu. Okid bukan saya punya.


    Salam Azie,
    Memang ada kebenarannya. Kalau dengar lagu, lagi subur, lagu slow dan lembutlah. Pokok-pokok juga boleh doakan untuk kita kalau kita jaga dia dengan baik.


    Salam Hajah Rahmah,
    Betul kata hajah.

    ReplyDelete
  7. salam hajah,

    WoW! cantiknya okid2 tu...terkesima nengoknyer!!

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Nora

    Saya pun tanam orkid juga tapi tak adalah banyak.

    Boleh tanya, guna baja apa?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Salam Hajah Zainab,
    Saya pun gitu. Tapi bila tanam, sedih pulak :C

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.