Jangan membazir

Salam.
Kita telah diajar jangan membazir makanan bukan?
Jadi ini saya buat juadah jangan membazir.
Ada dua ekor lagi ikan kembung (orang Melaka panggil ikan termenung, kenapa ek?)
Lebehan semalam. Hendak beri kucing, kucing tak ada, (kucing kepala hitam adalah :D). Teringat saya resepi arwah emak, kalau ada goreng ikan kembung lebihan semalam, dibuatnyanya salad ikan kembung. Saya suka...
Caranya. ambil ikan kembung (tengok berapa yang ada) siat-siatkan (tanggalkan?) isi daripada tulangnya, hiris timun, hiris bawang besar, hiris cili merah dan cili hijau, (saya masukkan juga cili padi). Jika ada tomato merah pun tambahkan beberapa hirisan. Perahkan air limau sambal, bubuh kicap lemak manis(atau kalau ada kicap masin). Tabur sedikit garam. Oh ya, semua bahan ini agak-agak saje ukurannya. Semuanya digaul rata dalam sebuah mangkuk. Rasa dulu masam, masin, manis, .... Jadilah lah salad ikan kembung. Ini rupanya..
Suka kah orang di rumah BC salad ini?
Kalau tidak.....membazirlah namanya :C


Salad Ikan kembung

11 comments:

  1. Salam Kak NORA,
    maksudnya ikan tu ikan goreng kan? Kalu saya, biasanya saya hancurkan dan buat rencah nasi goreng..:D sedap gak...

    ReplyDelete
  2. mcm kerabu ikan kembung pun ade hehehe

    ReplyDelete
  3. betul tu, jangan membazir. oghe kelate suko ni kalau ike dibubuh denge budu.....

    ReplyDelete
  4. kak nora,
    terima kaseh..
    berselero den makan maso buko nanti...
    den ado ikan kombung...
    den cubo lah...

    ReplyDelete
  5. Salam Azie,
    Ye, ikan kembung goreng kunyit. Kadang buat juga nasi goreng ikan. Recycle, dek.


    Salam Didi,
    Adik beradik kerabu. Tapi salad ikan kembung ni tak ada kelapa.

    Salam hajah,
    Cubo jangan indak cubo, dek
    Salam hajah,
    Sedapnya :D

    ReplyDelete
  6. alang...

    kalau macam kat rumah saya ni selalu ikan kembung tinggal kepala jer macam mana lang..heheheheh

    ReplyDelete
  7. Ezzah,
    Kan dah kata, kalau ada lebihan. Kepala tak main lah. nanti jadi pelupa pula !!

    ReplyDelete
  8. Salam kak nora,

    lawa buatan salad tuh macam pembuatnya.

    mrszain kalau ada ikan2 lebihan tuh dia buat perencah nasi goreng. sedap juga rasanya. tak ada lah pembaziran

    ReplyDelete
  9. Terima kasih, cg (betul?)Buat nperencah nasi goreng pun sedap :D

    ReplyDelete
  10. Biasanya saya guna buat perencah nasi goreng kampung...sedap.

    ReplyDelete
  11. Hajah Zainab,
    Cuba hajah buat cara ini pula.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.