Satu peristiwa

Salam.

Pernah tak anda mengalami peristiwa ini?

Semalam saya teman sahabat saya ( HM kat sebuah tadika di MTS ) ke kedai alat tulis di bandar. Salah satu item dia nak beli ialah 'white board'. Okeylah ada seperti saiz yang dikehendaki. Tiba di kaunter bayaran, dia pasti dengan cashier (yang juga bos kedai tersebut) yang 'white board' tersebut jenis 'magnetic'. Kata lady bos "kita punya white board semua magnetic'. Resit ditulis (nak claim nanti), bayaran dibuat dan 'white board' di hantar ke kereta saya.

Sampai di tadika, beliau meminta seorang pembantu (tukang kebun juga sebagai 'handyman') tadika mengantung 'white board' kat dinding salah sebuah kelas. Kata encik......."Cikgu ni papan lapis" (maksudnya soft board!)

Ah?????? Bengang sekejap my friend. Kenapalah tak pastikan tadi. Saya pun tak bantu check sama. Sebab kita selalu percaya apa yang kita lihat..... 'benda' tu 'white board'!! Dah register dalam otak! Take things for granted dan percaya sangat kat pembantu kedai. Mungkin dia dengar "soft board" atau dia tak tahu apa dia "white board" . Patutlah 'white board' tadi ringan aje!

Hari pertama sekolah, salah satu kelas, tiada 'white board'.......
Main-main, nyanyi-nyanyi aje lah cikgu!

Oh ye, hari ini pun ada seorang anak perempuan comel (di BC) sambut hari jadinya yang ke 10. Semoga dia suka ecard saya.

SELAMAT HARI LAHIR, AMAL.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH IMAN, AMAL, IDDIN



4 comments:

  1. salam kak nora..

    memang selalu terjadi..lagi satu..saya ni kalau beli barang suka tengok..ape yang ditampal ke dinding..bukan yang ditampal kat barang..selalu bila dikaunter..harga lebih mahal...baru semalam terkena lagi..

    ReplyDelete
  2. Salam erna,
    Hati-hati di lain masa. Jangan cepat terpengaruh.

    ReplyDelete
  3. salam kak nora...

    saya singgah di pagi hari.
    huhuhuuu..

    Dan selamat berkenalan! jon singgah blog saya..

    ReplyDelete
  4. Salam 'kinakOyu'
    TK sudi singgah rumah akak. Hujan dan basah di kuantan ni. Salam perkenalan, dik.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.