Kalau lah

Asyik blog hopping..
ke craft zon malaysia lah
macam-macam craft ada:
tengok seni sulaman riben,
bunga ros, matahari,
pada kusyen, pada bag, pada penanda buku.
tapi saya cuma suka,
minat menjahit tu, sorry, no way,
cuma suka, admire, kagum.
Beruntung mereka yang ada kemahiran seni ini,
seperti kakak saya,
yang sekarang sedang 'menggila'
menyediakan contoh-contoh sulaman riben
untuk diajar jepada kawan-kawan persatuannya.
('Gila baking' masih ada
tapi cuma sekali sekala )
Sekarang musim menjahit,
jadi menjahitlah dia dengan tekun sekali.
Kalaulah saya ada minat dalam bidang ini (menjahit)
semua akan menjadi
tak payah hantar baju ke Jenny, Mrs Lim, Anna, Ah Swee
tukang jahit-tukang jahit
yang suka orang seperti saya.
Tak payah hantar ke Pora, ke J**el
untuk jahit langsir.
Tak payah ke butik,
susah cari baju sesuai saya.
Kalaulah saya pandai menjahit pun,
nanti siapa pulak nak mengemas rumah,
buat 'house keeping'?
jadi 'granny active'?
Menjahit satu seni yang perlu teliti,
perlu tepat, kemas, rajin, sabar, tekun.
Perlu pemikiran kreatif dan analitikal.
Adakah saya punyai semua itu?
Oh tidak! (tapi sikit-sikit tu adalah.)
Apa yang saya tahu?
Jahit jelujur, 'back stitch', 'cross stitch'
mesin jahit manual boleh lah kayuh!!
TETAPI......jahitannya...
straight!!!!!!!

Kalaulah saya pandai menjahit.......





8 comments:

  1. nora, kegilaan ada angin2. Kalau gila nak masak, asek nak masak je...
    gila buat cake, kejap2 nak buat.
    macamtu jugak dengan bab2 kraft tangan ni.
    Kakpah minat tu semua tapi....hehe..

    ReplyDelete
  2. salam hajah,

    masa muda2 dulu saya minat jugak menjahit ... cross-stitch, sulam.
    pastu minat crochet. jahit guna mesin tak pandai...mcm hajah gak, hanya tau straight line. suami belikan saya mesin jahit...lama kelamaan sbb tak guna akhirnya,saya kasi orang!! hobi menjahit ni 'bermusim' bagi saya!!

    ReplyDelete
  3. kak nora,
    hanya orang terpilih macam kita jer yang memang takda rasa suka nak jahit menjahit begitu...:-)
    We are the chosen one.....

    ReplyDelete
  4. Salam hajah,
    Masak, baking, datang dalam 1 package = mengemas, terpaksa! Menjahit = menyukat(measure), paling tak suka. Bila 'terpaksa', 'tak suka' , jawabnya ready made aje lah.

    ReplyDelete
  5. Hjh Zainab,
    Masa sekolah dulu, ada belajar menjahit (needlework). Tapi tak minat.

    ReplyDelete
  6. Salam hajah Rahmah,
    Pandai menjahit banyak untungnya, hajah.

    ReplyDelete
  7. kak... saya cross stitch pun menggeletar tangan!~

    ha ha.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.