KLCC, cuci mata




See, what I bought at I****n, KLCC. Saje beli sebagai buah tangan. Tak mampu nak beli yang berjenama, dapatlah bag yang comel ni (to me lah) kat Clearance Corner. I like the design. The salesgirl, a Chinese lady, kata, boleh masuk telekong ma. Wah pandainya dia, dah tahu apa yang nak di 'store' dalam bag kita.

Menu hari ini

Masih maintain lagi mood rajin masak. Untuk itu sila layar masakan simple ini, tak banyak kerenah:

Udang n Wedges Goreng Kunyit: Hiris kasar 2 biji bawang besar, ketuk 3 ulas bawang putih, hiris sikit halia, hiris serung 3 biji cili hijau (saya tak ada cili merah, kalau ada, lagi bagus, ada warna), kupas 3 biji kentang dan potong wedges, bersihkan udang saiz sederhana (saya tak ambil kepala udang) dan perap dengan garam kunyit. Panas minyak, goreng wedges. Angkat. Kalau minyak banyak kurangkan (tapi ikut sukalah kalau suka minyak banyak) tumis hirisan dan ketukan tadi, tabur sikit kunyit dan goreng separuh masak, masukkan sekeping asam keping. Masukkan udang dan gaul rata dengan bahan gorengan, goreng sampai udang kemerahan (jangan sampai garing), Masukkan wedges tadi. Kalau suka basah, masukkan sikit air. Mine, dapat air udang aje.Jangan lupa rasa, ada rasa masin atau tidak. Saya tak tambah garam sebab udang dah di perap dengan garam. Well, you all boleh ubah suai ikut selera masing-masing. Kan mudah itu, main campak je!

Sepatutnya nak masak satu lagi menu tapi tukar pula (postpone till tomorrow, InsyaAllah) bila ke rumah Mak Besau (sebutan orang melaka untuk 'Mak Besar' gelaran untuk mak chik yang sulung dalam adik beradik), nampak dia masak Rendang Ayam. Sebenarnya Mak Besau ini buat jualan bila ada order. Kebetulan hari ini ada orang order pulut kuning ( sebut 'nasi kunyit' di Melaka) dan rendang ayam. Ada lebih untuk dijual, beli je le. Layan ye masakan saya dan juga masakan Mak Besau. Sedap....


Ikan, ikan


Beginilah sibuknya bahagian jual ikan di Pasar Besar Melaka atau Sentral Market pada pagi Ahad. Macam-macam ikan ada.

Posted by Picasa
Saya taklah beli ikan tapi breakfast di gerai ini, di tingkat satu.
Teh tarik dua tosai bawang satu dan nasi lemak bungkus satu. Well, for me and my sis.

Hidup semula

Ini bukan kes mati hidup semula! Ini kes nak hidupkan semula hobi satu masa dulu, tanam pokok orkid. Banyak jugalah belanjanya, dengan pondoknya dan mendapatkan pelbagai species. Sukanya hati bila tengok ia menjadi. Bila saya pindah randah, hobi ini terpaksa ditangguhkan. Ada juga saki baki yang tinggal, tak dijaga. Kini, saya nak hidupkan kembali hobi ini. Jadi, pagi tadi pergilah ke pasar sentral, pasar besar Melaka untuk meninjau, survey dulu..... Dapatkan yang murah (tak murah pun) dan senang dijaga...





Awek di atas ini namanya Melati, sesuai dengan businessnya, jual pokok bunga dan potted plants. Melati ada nurseri di Kandang. Hope to visit her place one day.

From Melati, I bought these two starters , sebagai motivasi.


Pondok orkid belum buat lagi. Nampak tak Cattleyas di tepi tu?



Inilah hasil daripada Cattleyas yang lama tu - purple-flowered cattleya.Tak dijaga tapi berbunga juga. Kalau dijaga, lagi banyak bunganya ya?


Anda ada pokok orkid yang nak dibuang?




Nak masak apa?


Dalam kereta. balik dari T***c*, talipon MsHart,
Me : Ti, Ti masak tak hari ni?
Ti : Tak?
Me : Then I'll cook.
Ti : Nak masak apa?
Me : Gulai Tauchu dan Ikan Goreng Berlado.
Ti : Thanks, Alang


Ini dia, gulai tauchu ku, ada sayur kacang buncis, cili hiris, terung, udang, tempe, tauhu. Kuahnya a bit brownish sebab ada tauchu bukan kemerahan. Nampak merah dari cahaya periuk dan lampu dari hood dapur.
Ikan kembung goreng berlado, lawan gulai tauchu
That's for lunch, folks!

3K


Kata orang, salah satu cara exercise ialah menyapu. Bahagian anggota yang di 'exercise' tu ialah tangan, Kanan, kiri, kanan,kiri...ayun penyapu,stop. Saya selalu menyapu daun-daun kering pokok semambu (terdapat di tepi jalan raya di luar pagar ) bertaburan di halaman rumah ataupun daun-daun kering di bawah pokok rambutan nan sebatang. Kerja menyapu daun ini kadang-kadang membosankan (sebab bila dah bersih dan kemas,ada aje daun yang gugur ) saya ambil secara positif, untuk kecergasan, kesihatan dan kepuasan.

Bersih or not my laman?

Kalau dulu pegang pen, sekarang pegang ....

Penyapu lidi dua batang tu dibuat oleh Pak Jalil, tukang potong rumput, yang tak boleh tengok rumput panjang sikit.

Beres

Apa nak masak hari ni? Soalan ini kadang-kadang aje timbul i.e. bila ada angin nak masak. Selongkar peti ais. Apa yang ada? Oh yeah, ada nenas (tak berusik, masamlah tu), ada ikan sepat, ada geragau(lebihan), tahu (ada banyak keping!), tempe (bolehlah buat 2 kali makan!) ada 2 tin sardin. Alright, beres. So inilah masakan untuk lunch hari ni.

Masak lemak nenas dengan ikan sepat.


Geragau dengan perencahnya: hirisan daun kunyit, hirisan cili merah, hirisan bawang kecil, sedikit tepung tunggu untuk dijadikan jemput-jemput

Bila dah digoreng, inilah hasilnya, jemput-jmput geragau, dimakan dengan sos atau begitu saja.


Ini pula gorengan tahu, tempe dan ulam 'baby' timun dengan sos lada kicap



Kemudian datang pula Nek Ngah's friend, Che Leha, bawa sepinggan home cooked VADEI.

Ikan sardin pun ada. Sambal sardin lawan untuk masak lemak nenas ikan sepat. Tapi dah letih den. Lain kali jo.
Update: petang, masak juga sambal sardin. Missy dah makan dengan roti.

You are.......years young today!

Angah.......!!!!!

Angah...... Nek Ngah.......... !!!!!

Nek Ngah......!!!!!!


Nek Ngah........!!!!!!!



Angah.......!!!!!!!!


We wish you a VERY


(taken from Missy's collection)






The forever active and busy, busy Nek Ngah!


SELAMAT PANJANG UMUR!

Muaaaaaaaaaaaahhhh







Belanda oh Belanda

Banyak sungguh peninggalan Belanda sewaktu menjajah Negeri Melaka. Kalau Portugis tinggalkan Kota Famosa, British tinggalkan (apa ye?), Belanda tinggalkan.....

# Kuih Belanda, Sekarang dikenali sebagai Love Letters atau Kuih Gulung. Tak ada pula Kuih British atau Kuih Portugis.

# Kampung Belanda, dikenali juga dengan Heeren Street, sekarang Jalan Tun Tan Cheng Lok, masyarakat Baba Nyonya Melaka berkampung di sinilah. Kampung Portugis (Portuguese Settlement) ada tapi Kampung British?? Tak ada!

#Ayam belanda, also known as ayam turki. Tak ada Ayam Portugis atau Ayam British!

# Belanda dapat tanah, bagaimana orang Belanda minta (dan dapat ) tanah daripada Sultan Melaka, dia ada trick tau. Anda tahu cerita nya? Ada tak pepatah 'Portugis dapat tanah' atau 'British dapat tanah'?

#Paku belanda, betapa kedekutnya orang belanda waktu jajah Melaka dulu , fixed price , tak boleh tawar punya. Yang saya tahu, tak ada paku Portugis atau paku British.

# Kasut belanda, alah, terompah kayu dia tu lah. Mana ada kasut Portugis dan kasut British!

#Durian belanda. Ada Durian British@ Durian Portugis? Durian Daun adalah, dekat Bukit Cina. Atau pun Durian Tunggal, kasihan orang Melaka, baik sangat hati mereka.

dan terkini

#Susu Dutch Lady, tak ada pula Susu British Lady atau Susu Portuguese Lady.

Ah, sungguh hebat Belanda ni, maklumlah jajah Melaka lebih 100 tahun dengan 36 Gabenor. Itu sebab banyak peninggalan mereka di sini.

Terima kasih kepada YBhg Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusof bin Hashim yang telah mengingatkan para hadirin kehebatan Belanda ini sewaktu sesi ulasan buku 'Trade and Society in the Straits of Melaka' hasil tulisan Prof Madya Dr. Nordin bin Hussin, UKM tempoh hari. (Please take note: 'M-E-L-A-K-A' ,ya, no more 'M-A-L-A-C-C-A' . Thanks Dr. Nordin) . Maklumlah sesi ulasan, berbentuk sejarah, jadi untuk menceriakan suasana, jangan ada yang mendengar dengan mata tutup, Prof Emeritus Dr Mohd Yusof, masukkanlah pembuka mata dan telinga tersebut. Menghiburkan.Saya add to the listlah.

Tapi bila difikirkan semula, memang betulkan?

Before n After



Beautiful cake secretly ordered from a sweet friend by a loving husband for his ever so cheerful wife on her birthday. But alas, this beautiful cake is for your eyes only, 'life' is short and in no time...


The taste of the cake is in the eating, so they say. Sorry beautiful, we have to 'dismantle' you. Here we go friends....



And the aftermath of the beautiful cake, after all the hard work (sigh) but yummy, yummy,
thumbs-up for the sweet friend, your cake is simply 'uummmppphhh!!!!!"



Baru start

Akak baru nak mula satu Herba Corner di laman rumah. Kenapa dekat pintu pagar ye? Sebab ada saluran paip bocor, tak tahu jiran mana yang punya saluran paip. Airnya memancut macam small spray. Jadi jangan membazir air , akak tumpanglah letak pasu-pasu tumbuhan herba di situ agar segar. Saya perlu berterima kasih kepada jiran tersebut. Di herba Corner, selain pokok kunyit, ada....
.........pokok Lengkuas




.... pokok Limau Purut nan sebatang



........ pokok Misai Kucing pun baru nak tumbuh



...... dan ada pokok Emas Cotek (ni yang betina)




Nanti nak carilah pokok-pokok yang lain seperti pokok belimbing buluh. nanti senang bila nak buat kuah kacang (makan dengan ketupat waktu raya) atau buat gulai lemak kuning ikan tenggiri, daun pegaga, daun kesum dan sebaginya.

Jom baca


Di rumah BC sekarang dah ada Reading Corner/ Sudut Bacaan. Siapa punya idea? Amal, pelajar 3 Merah Convent rajin baca paper. Balik dari sekolah, tak sempat ganti uniform,mesti tanya" Hari ini ada beli surat khabar?" "Surat khabar mana? " atau "Nanti, Amal nak baca surat khabar dulu." Dan dia akan gunting berita-berita yang mutakhir atau info yang berguna untuk di 'hiaskan'(harapan... dibaca )pada papan kenyataan kelas 3M. Lalu tugas dan tanggungjawab ini ini terbawa-bawa di rumah BC. Lihatlah papan putih Nek Ngah dah jadi Sudut Bacaan.
Poster hasil ilham Amal yang sangat terharu dengan kejadian di Gaza. Ini untuk Sudut Bacaan 3M. (Image taken from mummy's collection)
Hasil ilham Amal lagi. Karikatur dilukis sendiri. Sudut Bacaan di BC
Teruskan usaha, Amal!

Sungai Congkak

Seumur hidup ini akak tak pernah sampai ke Pangsoon, Ulu Langat, Selangor. Selalu dengar saja orang KL kata nak ke Pangsoon, nak ke Pangsoon, nak berkelah, nak camping, nak mandi. Cantik ke tempatnya? Ada air terjun ke? Jadi pada Ahad yang lalu, kawan-kawan MsHart buatlah macam satu gathering seolah-olah hari keluarga gitu si Sg Congkak, Dusun Tua, salah satu sungai di Pangsoon. Kebetulan kami on the way home to Melaka tetapi tak mahulah menghampakan hati kawan-kawan MsHart tu, singgahlah seketika yang akhirnya jadi dua, tiga tika. Panjangnya kereta Q ke sana, bosan, macam nak patah balik je. Nampak gerai ini..Moh rasa air jambu batu Muar.Uggh, rasa air je.. rasa jambunya tak seberapa....
MrS ulang alik, driving up and down the narrow mountain lane, U turn banyak kali, melalui jalan kampung yang sempit mencari tempat yang dijanjikan, Sg Congkak. The so called organizer dah maklumkan landmark-landmark yang perlu kami lalui macam 'explore race' gitu. Banyak jugalah pengunjung hari itu, berderet kereta parkir di sebelah jalan. Oh, orang Selangor dan Keyell cuti am esok harinya, patutlah...Oh rupanya ber 'picnic' tepi sungai (kata MrS 'kesian'nye) mandi manda dalam air yang jernih, ada pondok-pondok buluh dan ada titi gantung. Air terjun tentu jauh lagi kan? Air sungai nampak bersih..sejuk agaknya. Akhirnya setelah banyak kali u turn, jumpalah kami tempat gathering kawan-kawan MsHart. Dia orang bermalam di sana, tinggal dalam pondok buluh, back to basic. Lihatlah imej-imej ini, apa yang berlaku...
Hai, mana pengantinnya? Pulut kuning dan Bessday Cake, ada birthday ke?
Sudah tentu! Yang bertudung pink dan yang bertudung Ekin. Malu ah!

Ada yang buat rakit, nampaknya sampai petang tak siap-siap
Rendam jangan tak rendam
Titi gantungMacam itik dapat air
Gadis manis di jendela, Anak siapa lah tu!
BBQ, tugas khas bapak-bapak dan ibu. Nampak pondok buluh tak?
Kawan-kawan, mari makan.
Kami tak dapat duduk lama di sana, mesti balik segera. Anyway, bersyukur, akhirnya sampai juga ke Pangsoon. Harapan akak, janganlah ada pollution di kawasan yang cantik ini. Sama-samalah warga Selangor dan Keyell dan pengunjung-pengunjung jaga kebersihan satu-satu tempat riadah di sini. Kalau tidak akak panggil Karam Singh Walia.....baru tahu!

Bravo!


Clap, clap, clap. Bravo!! Awesome!!Fantastic!! Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Puteri Gunung Ledang, The Musical III., ringkasnya PGLM3. Banyak telah diperkatakan. Tak perlu komen lagi. Part yang saya amat suka sekali ialah bila Sultan Melaka (Adlin Aman Ramlie) menari, the audience pun suka amat. Anyway keseluruhannya saya suka lah, enjoy, thanks MsHart for the treat. Dan saya suka bila Puteri (Tiara) berkata " Sesungguhnya orang Melaka bersopan santun, Dan Laksamananya pandai berpantun...." and the audience agreed (clap,clap,clap) as seen from their reaction. BTW, imej di atas di ambil bila semua dah tamatlah, sebab tak boleh ambil gambar masa persembahan, sebab, masa dulu-dulu zaman Hang Tuah belum ada teknologi. So tak boleh ganggu mood era tersebut. Nampak tak tangan yang sedang clap-clap tu, standing ovation from us. Finally, akhirnya dapat juga jumpa the Puteri in person dan sempat mengucapkan : "Goodbye.... Puteri...." You know why!
Posted by Picasa