Hidup semula

Ini bukan kes mati hidup semula! Ini kes nak hidupkan semula hobi satu masa dulu, tanam pokok orkid. Banyak jugalah belanjanya, dengan pondoknya dan mendapatkan pelbagai species. Sukanya hati bila tengok ia menjadi. Bila saya pindah randah, hobi ini terpaksa ditangguhkan. Ada juga saki baki yang tinggal, tak dijaga. Kini, saya nak hidupkan kembali hobi ini. Jadi, pagi tadi pergilah ke pasar sentral, pasar besar Melaka untuk meninjau, survey dulu..... Dapatkan yang murah (tak murah pun) dan senang dijaga...





Awek di atas ini namanya Melati, sesuai dengan businessnya, jual pokok bunga dan potted plants. Melati ada nurseri di Kandang. Hope to visit her place one day.

From Melati, I bought these two starters , sebagai motivasi.


Pondok orkid belum buat lagi. Nampak tak Cattleyas di tepi tu?



Inilah hasil daripada Cattleyas yang lama tu - purple-flowered cattleya.Tak dijaga tapi berbunga juga. Kalau dijaga, lagi banyak bunganya ya?


Anda ada pokok orkid yang nak dibuang?




5 comments:

  1. Salam Cikgu

    Saya pun peminat tegar ORKID!!
    Dok flat , pengsan semua pokok orkid saya.

    Pastu sedekah seikhlas hati kat arwah mak mertua.
    Sekarang kembang mekar pokok2 orkid tuh dgn cuaca segar udara bersih kampung.
    Dari 5 pasu dah beranak pinak 30 pasu!!
    Balik kampung , petik bunga , tabur kat pusara arwah mak mertua.
    Dia pun rupanya peminat orkid dalam diam!
    Al Fatihah untuk Mama

    ReplyDelete
  2. Vimmy,
    Baiknya menantu Mama. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Ameen..

    ReplyDelete
  3. Dulu kak nab pun minat dengan orkid..banyak dibelanjakan! sekarang dah tinggal gambar2 jer..he3.

    ReplyDelete
  4. DatinD,
    Itu baru starter, belum take off lagi. Thanks for visiting.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.