MrS ulang alik, driving up and down the narrow mountain lane, U turn banyak kali, melalui jalan kampung yang sempit mencari tempat yang dijanjikan, Sg Congkak. The so called organizer dah maklumkan landmark-landmark yang perlu kami lalui macam 'explore race' gitu. Banyak jugalah pengunjung hari itu, berderet kereta parkir di sebelah jalan. Oh, orang Selangor dan Keyell cuti am esok harinya, patutlah...Oh rupanya ber 'picnic' tepi sungai (kata MrS 'kesian'nye) mandi manda dalam air yang jernih, ada pondok-pondok buluh dan ada titi gantung. Air terjun tentu jauh lagi kan? Air sungai nampak bersih..sejuk agaknya. Akhirnya setelah banyak kali u turn, jumpalah kami tempat gathering kawan-kawan MsHart. Dia orang bermalam di sana, tinggal dalam pondok buluh, back to basic. Lihatlah imej-imej ini, apa yang berlaku...
Hai, mana pengantinnya? Pulut kuning dan Bessday Cake, ada birthday ke?
Sudah tentu! Yang bertudung pink dan yang bertudung Ekin. Malu ah!
Ada yang buat rakit, nampaknya sampai petang tak siap-siap
Rendam jangan tak rendam
Titi gantungMacam itik dapat air
Gadis manis di jendela, Anak siapa lah tu!
BBQ, tugas khas bapak-bapak dan ibu. Nampak pondok buluh tak?
Kawan-kawan, mari makan.
Kami tak dapat duduk lama di sana, mesti balik segera. Anyway, bersyukur, akhirnya sampai juga ke Pangsoon. Harapan akak, janganlah ada pollution di kawasan yang cantik ini. Sama-samalah warga Selangor dan Keyell dan pengunjung-pengunjung jaga kebersihan satu-satu tempat riadah di sini. Kalau tidak akak panggil Karam Singh Walia.....baru tahu!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.