Menu hari ini

Masih maintain lagi mood rajin masak. Untuk itu sila layar masakan simple ini, tak banyak kerenah:

Udang n Wedges Goreng Kunyit: Hiris kasar 2 biji bawang besar, ketuk 3 ulas bawang putih, hiris sikit halia, hiris serung 3 biji cili hijau (saya tak ada cili merah, kalau ada, lagi bagus, ada warna), kupas 3 biji kentang dan potong wedges, bersihkan udang saiz sederhana (saya tak ambil kepala udang) dan perap dengan garam kunyit. Panas minyak, goreng wedges. Angkat. Kalau minyak banyak kurangkan (tapi ikut sukalah kalau suka minyak banyak) tumis hirisan dan ketukan tadi, tabur sikit kunyit dan goreng separuh masak, masukkan sekeping asam keping. Masukkan udang dan gaul rata dengan bahan gorengan, goreng sampai udang kemerahan (jangan sampai garing), Masukkan wedges tadi. Kalau suka basah, masukkan sikit air. Mine, dapat air udang aje.Jangan lupa rasa, ada rasa masin atau tidak. Saya tak tambah garam sebab udang dah di perap dengan garam. Well, you all boleh ubah suai ikut selera masing-masing. Kan mudah itu, main campak je!

Sepatutnya nak masak satu lagi menu tapi tukar pula (postpone till tomorrow, InsyaAllah) bila ke rumah Mak Besau (sebutan orang melaka untuk 'Mak Besar' gelaran untuk mak chik yang sulung dalam adik beradik), nampak dia masak Rendang Ayam. Sebenarnya Mak Besau ini buat jualan bila ada order. Kebetulan hari ini ada orang order pulut kuning ( sebut 'nasi kunyit' di Melaka) dan rendang ayam. Ada lebih untuk dijual, beli je le. Layan ye masakan saya dan juga masakan Mak Besau. Sedap....


2 comments:

  1. kak
    saya pun masak kenyang ni tapi macam biasa laa..mesti sambal jer..

    Resepi akak lagi senang..nanti nak surh budak2 masak hujung minggu nni sebab saya sibuk rewang orang kawin...hehehee

    time2 cam ni rasa nak colek je rendang kat gambor ni....

    Salam buat ms hart...rindu la kat dia ni...

    ReplyDelete
  2. Ezza,
    Kan dah kata simple recipe, kanak-kanak ceria pun boleh buat, tapi udang mesti lebih, puas makan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.