Jom baca


Di rumah BC sekarang dah ada Reading Corner/ Sudut Bacaan. Siapa punya idea? Amal, pelajar 3 Merah Convent rajin baca paper. Balik dari sekolah, tak sempat ganti uniform,mesti tanya" Hari ini ada beli surat khabar?" "Surat khabar mana? " atau "Nanti, Amal nak baca surat khabar dulu." Dan dia akan gunting berita-berita yang mutakhir atau info yang berguna untuk di 'hiaskan'(harapan... dibaca )pada papan kenyataan kelas 3M. Lalu tugas dan tanggungjawab ini ini terbawa-bawa di rumah BC. Lihatlah papan putih Nek Ngah dah jadi Sudut Bacaan.
Poster hasil ilham Amal yang sangat terharu dengan kejadian di Gaza. Ini untuk Sudut Bacaan 3M. (Image taken from mummy's collection)
Hasil ilham Amal lagi. Karikatur dilukis sendiri. Sudut Bacaan di BC
Teruskan usaha, Amal!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.