Banyak sungguh peninggalan Belanda sewaktu menjajah Negeri Melaka. Kalau Portugis tinggalkan Kota Famosa, British tinggalkan (apa ye?), Belanda tinggalkan.....
# Kuih Belanda, Sekarang dikenali sebagai Love Letters atau Kuih Gulung. Tak ada pula Kuih British atau Kuih Portugis.
# Kampung Belanda, dikenali juga dengan Heeren Street, sekarang Jalan Tun Tan Cheng Lok, masyarakat Baba Nyonya Melaka berkampung di sinilah. Kampung Portugis (Portuguese Settlement) ada tapi Kampung British?? Tak ada!
#Ayam belanda, also known as ayam turki. Tak ada Ayam Portugis atau Ayam British!
# Belanda dapat tanah, bagaimana orang Belanda minta (dan dapat ) tanah daripada Sultan Melaka, dia ada trick tau. Anda tahu cerita nya? Ada tak pepatah 'Portugis dapat tanah' atau 'British dapat tanah'?
#Paku belanda, betapa kedekutnya orang belanda waktu jajah Melaka dulu , fixed price , tak boleh tawar punya. Yang saya tahu, tak ada paku Portugis atau paku British.
# Kasut belanda, alah, terompah kayu dia tu lah. Mana ada kasut Portugis dan kasut British!
#Durian belanda. Ada Durian British@ Durian Portugis? Durian Daun adalah, dekat Bukit Cina. Atau pun Durian Tunggal, kasihan orang Melaka, baik sangat hati mereka.
dan terkini
#Susu Dutch Lady, tak ada pula Susu British Lady atau Susu Portuguese Lady.
Ah, sungguh hebat Belanda ni, maklumlah jajah Melaka lebih 100 tahun dengan 36 Gabenor. Itu sebab banyak peninggalan mereka di sini.
Terima kasih kepada YBhg Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusof bin Hashim yang telah mengingatkan para hadirin kehebatan Belanda ini sewaktu sesi ulasan buku 'Trade and Society in the Straits of Melaka' hasil tulisan Prof Madya Dr. Nordin bin Hussin, UKM tempoh hari. (Please take note: 'M-E-L-A-K-A' ,ya, no more 'M-A-L-A-C-C-A' . Thanks Dr. Nordin) . Maklumlah sesi ulasan, berbentuk sejarah, jadi untuk menceriakan suasana, jangan ada yang mendengar dengan mata tutup, Prof Emeritus Dr Mohd Yusof, masukkanlah pembuka mata dan telinga tersebut. Menghiburkan.Saya add to the listlah.
Tapi bila difikirkan semula, memang betulkan?
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.