Frust lagi!

Salam semua.
Apa tak frust nye. Nak load gambar tak dapat. Entah apa yang tak mahu cooperate. Mengapa Picture Manager yang setiap kali muncul bila kita cucuk USB pada portnya tak timbul-timbul menunjukkan diri? Atau USB kat my card reader buat hal? Atau portnya sendiri yang sakit?Actually, saya guna card reader sejak cable kamera yang nak muat turun gambar dari kamera ke komputer rosak (ye ke?). Untuk testing, saya cucuk pula pendrive ke USB port. Pun tak berjaya. Sebelum ni okey. Tak frust tu? Adakah saya perlu download MS Picture Manager? Ada beberapa imej saya nak share dengan kawan-kawan siber. Kena tanya 'doktor' nampaknya atau sesiapa boleh tolong (Ezza ke). Terima kasih.

PS. Psssstttt.....2 orang ahli blogger ( 1 aktif, yang 1 lagi, sleeping)di BC dah ada laptop.Saya pula masih dengan desktop. Boleh budak-budak kat rumah ni guna. Saya baru ganti monitor lama (alah... yang square 4 segi tu) dengan LCD monitor yang baru 18.5". Barulah puas mata memandang....CPU pun dah diupgrade.

4 comments:

  1. kak nora,
    bila dah lama kita menggunakan mata kita nih (dlm ertikata lain - dah berusia) screen komputer yang lebau jugak kita perlukan...kan...
    Kak nora,
    rasanya kalau guna laptop lagi mudah nak upload gambar.. boleh guna memory card dan bluetooth...

    ReplyDelete
  2. Ala ..beli jer alang satu lappy ni...senang nak di angkut sana sini...
    Kalau yang sorang tu dah ada lappy ni..jangan tak update lak...hahahah...cakap ngan Tati..sila join facebook...sangat lah best..boleh gossip2 tepi tingkap jer...hahahaa..alang pun join lah sekali...

    ReplyDelete
  3. Salam hajah rahmah,
    Terima kasih atas cadangan.

    ReplyDelete
  4. Salam Ezzah,
    Alang kesian kat budak-budak tu. Biarlah mereka guna desktop. InsyaAllah ada lebihan, boleh beli lappy. Nak join facebook, takut terkenal pula, susah gua.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.