Memang banyak kenduri kahwin pada hujung minggu cuti sekolah ini. Hari Ahad 31 hb Mei, berapa banyak jemputan yang kami terima. Kad pula macam-macam bentuk dan rupa. Siap dengan doa dan syair buat kedua mempelai. Antara yang menarik (untuk renungan kita semua...hu3)
...Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu menghatrap teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan
mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
kalau diri tak sempurna Rasullulah (S.A.W.).
Bimbinglah dirinya dan
terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya,
dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan
agar dia akan terus
menjadi milikmu.....Amin
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu menghatrap teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan
mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
kalau diri tak sempurna Rasullulah (S.A.W.).
Bimbinglah dirinya dan
terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya,
dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan
agar dia akan terus
menjadi milikmu.....Amin
Hai, teringat lagu 'Direnjis renjis dipilis, Ditepungi air mawar...........'
Saya sukarela menjadi pemain alat muzik ini, entah apa nama nya, yang mengeluarkan bunyi "cik. cik. cik" bila di goyang mengikut rentak atau beat lagu. Enjoy, budak kecik pun boleh buat. Tapi kalau tak ada 'telinga muzik' boleh ke laut perginya. Bak kata Sarimah Ibrahim "Benanah telinga". Teringatlah masa berada di sekolah rendah satu masa duluuuuuuuuu. Saya dalam kumpulan 'percussion band' sekolah. Main 'clapper', juga di tepuk atau di hentak pada tapak tangan, dan keluarlah bunyi 'clap, clap, clap' ikut arahan 'conductor' band. Dalam kumpulan hadrah tadi ada kompang, gendang, marikas , tamborine mengiringi penyanyi-penyanyi veteran. Sedap dan meriah majlis tau dengar lagu-lagu berbentuk nasyid. Ada juga lagu-lagu nostalgia tetapi merupakan nasihat dan kasih sayang. Imej-imej berikut diambil sewaktu kumpulan Hadrah menghiburkan pelawat-pelawat LKPI Port Dickson di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al- Zaharahdi Bukit Katil, Melaka. Pemain-pemain kompang hari tersebut, tangkap muat sebab tak cukup korom. Mereka adalah anak-anak rumah ini. Sudah di tegaskan oleh Ketua Kumpulan, anak-anak ini sebagai pelapis dan akan meneruskan Hadrah bila yang veteran ini sudah tiada lagi. Menakutkan!!!


























