Cg oh Cg

Cg adalah short form untuk cikgu. Kalau 'Doctor' ringkasnya "Dr', jadi kita ada Dr. Selva. 'Engineer' pula "Ir', contohnya Ir. Ibrahim. Sebagai satu profession yang dihormati mengapa tidak 'Cikgu' juga diberi pengiktirafan, seperti Cg Kamal, Cg Tan dan bukannya En Kamal atau Miss Tan.
Oleh itu, saya terpanggil untuk 'react' terhadap berita bagai mana dua orang murid Tahun 1, 'fresh' di alam persekolahan, trauma, tak mahu ke sekolah, takut dipukul guru. Guru lelaki tersebut berumur awal 40-an!!! Dah senior tu! Mengikut salah seorang bapa, anaknya luka di leher akubat dicubit guru itu. Sebab, anaknya itu tidak membawa buku latihan sedangkan buku itu sudah diserahkan kan kepada guru lain. Seorang lagi pula diketuk kepala walaupun baru tiga hari sesi persekohan bermula dan kaki lebam akibat dipukul dengan pembaris oleh guru terbabit. Ada juga kes di rumah ini. Baru masuk minggu kedua sekolah dah catat perkataan 'MALAS" dalam nuku latihan sebab tidak habis buat 'homework' . Tapi lepas tu, Cg tadi mungkin dah sedar, ikut perasaan, padam perkataan tersebut dengan 'liquid paper'. Apa perasaan murid mentah tadi dihadapan kawan-kawan sebayanya. Berilah dia peluang, beritahu dengan lembut, 'HW mesti dibuat, dihabiskan, kalau tidak......"
Tapi Cg oh Cg, selalunya bila kita nak beri komen pada kerja murid, tulislah yang positif, seperti "Sila habiskan HW'. "Usaha lagi" ' Baiki tulisan" dan lain kata-kata yang semangat, bukannya beremosi marah. Budak-budak 7 tahun baru nak mula masuk sekolah sudah digertak seperti ini, takut lah. Yang saya tahu awal-awal persekolahan (3 bulan pertama) merupakan waktu transisi atau 'transitional period' bagi mereka, dari kelas tadika ke sekolah formal. Waktu ini murid-murid tersebut diberi peluang menyesuaikan diri. Bukan semua murid sama latar belakang dan pencapaian. Jadi faham-fahamlah, ya CG. Kan Cg dah belajar masa training dulu. Nak pula dah berumur mengajar Tahun 1, lagi mesti ada sifat keibubapaan. Jadikan sekolah tempat yang seronok belajar, nice place to study, dengan guru-guru yang strict but approachable. Kurangkan leteran lebih-lebih lagi waktu assembly atau perhimpunan mingguan. Bosanlah Cg! Talking from experience you know!
Banyak besabar ya Cg, satu sifat yang penting pada seorang guru yang professional! Kalau tidak "Usah jadi pendidik kalau tak mampu".

9 comments:

  1. Cikgu
    Wardina Std 1 sekolah CBN KL. Nasib baik cikgu2 kat sekokah tuh semua OK laaaa!
    he he he
    Sebab kat sekolah Wardina 70% anak2 org org KAYA and ramai anak VVIP.
    So ...cikgu kenalah or terpaksalah BERSOPAN SANTUN dijalanraya.
    Sebab kalo tak kena SAMAN ngan mak bapak dorang ni.
    Tapi kalo Wardina yg kena belasah ngan cikgu, saya tak mampu laa nak saman. Setakat REDHA jer ..hehehe!!

    ReplyDelete
  2. Unfairlah macam tu Vimmy! Cg mesti ikhlas walaupun bersopan santun. Stress juga mengajar di sekolah elite ni, ye.

    ReplyDelete
  3. You've said it Alang! Bagi pihak all teacher-trainers, past and present, I sokong your pendapat.

    Good posting!

    From Tuan Puteri.

    ReplyDelete
  4. kak Nora,

    sebenar nya jawatan cg ni mulia . Kat sekolah rendah anak saya,ramai yang baik dan very friendly dengan murid murid. Sampai ada yang jadi kakak angkat walau pun dah tamat belajar di situ. Tapi ada juga cikgu yang melampau sangat main tampar murid kalau tak dapat selesai kan sesuatu tugasan. Siap ko,bapak budak tu tunggu dengan parang!
    Suami saya ada satu cerita pasal cikgu dia masa darjah 3 dulu...kalau kak Nora ada masa hop in to his blog...http://pendamar08.multiply.com/

    ReplyDelete
  5. Ezzah, Saya sokong pendapat Ezzah, cg-cg mesti yang disayangi dan dihormati. Ada cikgu sempat potong kuku pelajarnya, darjah satulah. Sekali sekali aje dapat cikgu yang bengkeng, stress. Nanti saya hop ke blog suami ezza ye.

    ReplyDelete
  6. That's why...ada beza between 'bengkeng, cengeng' and tegas! Kalau ada buat salah, oklah jugak kalau nak marah. Tapi what I saw, tak de apa2 berlaku, alih-alih cikgu naik stage, and bagi briefing dgn nada marah and tengking herdik! Aiiik??? I was saying in my heart, "Oit, what's your problem? Makcik2 aku pun cikgu jugaklah...Hello?!" he he

    ReplyDelete
  7. Problem teachers yang kena retraining.

    ReplyDelete
  8. Tak setuju kalau cg terlalu garang..especially cg kat sek rendah. kak nab ada pengalaman - anak tak mau ke sekolah sebab cg English teramat garang..letih kak nab memujuk..mcm2 cara .. ada kala suami kak nab berang & anak dipukulnya! sedih sungguh waktu tu..sedangkan kak nab sendiri pun cg (sek men) & tak garang tapi boleh control pelajar!! Budak benci dgn cg yg garang ni..mereka ada satu mcm perasaan terhadap guru2 demikian..kak nab setuju yang kak nora kata tu..problem teachers need retraining!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.