Kak Zai



Dalam perjalanan ke bandar Batu Pahat, kami telah singgah di kedai kak Zai. Kak Zai ni ialah seorang pesar kerajaan, dulunya berkhidmat di Jabatan Hutan. Zai Bakery terletak di Jalan Perserai, Mk3 Perserai, Batu Pahat. Dulunya beliau usaha dari rumah. Dah bersara ni bolehlah full time di kedai sendiri. Itu yang baiknya kalau ada kemahiran atau kepandaian tersembunyi. Bila bersara nanti ada aje peluang samada untuk memenuhkan masa lapang atau menambah pendapatan pencen. Kak dulu masa mula-mula bersara, cubalah berniaga, apalagi kalau tidak buka kelas tuition, focus on interactive learning, remedial reading and English Language. Tapi tak tahanlah. Penat. Tahan 3 tahun saje. Apa kami buat di Bakery Kak Zai. Oh, JY beli 3 biji kek, 2 untuk sambutan Tahun Persekolahan Baru 2009 (Tahun Baru 2009) untuk 2 buah rumah yang akan kami singgah dan 1 untuk sambutan hari ulang tahun JY. Anak-anak saudara JY (dan juga cucu-cucu saudara) tentu gembira dapat makan kek icing ni. Maklumlah bukan selalu dapat makan kek special Pak Pau (panggilan budak-budak BP kepada JY).
Hasil tangan Kak Zai, jadi buah tangan kami!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.