Sambal Belacan Mak Eng

Mak Eng and Pak Aji sedang berbual dengan JY
Salam.
Ada bermacam-macam cara membuat sambal belacan.Sambal belacan yang menjadi 'appetizer' atau pembuka selera JY sangatlah mudah. Cuma bakar belacan dan tumbuk dengan beberapa cili padi (terlebih dahulu direndam dengan air panas). So simple. SIL (Mak Eng) yang tiggal di Parit Raja, BP, ada resepi untuk membuat sambal belacan. Munkin ada yang telah tahu tapi yang belum, ini caranya.....

Sediakan: belacan, sedikit ikan bilis, sedikit bawang merah, cili padi(cabai melaka) atau cili hidup, asam limau, sedikit minyak, sedikit gula. Cili, ikut kepedasan dan belacan, ikut rasa. Lesung Batu tumbuk, jangan lupa.

Proses: Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Mula-mula goreng belacan. Angkat. Goreng pula ikan bils dan bawang. Jangan sampai garing, angkat. Goreng cili. Terlupa. Supaya cili padi tidak meletup bila goreng, belah sikit cili itu. Masak, Angkat. Kemudian, tumbuklah semua bahan tadi di dalam lesung batu sampai lumat. Tabur sedikit gula. Garam tak payah sebab belacan dah masin, Bila hidang, perah sedikit air asam.

Apa rasanya: Rasa sambal belacan lah! Oleh kerana bahan-bahannya semua dah masak, sambal belacan ni tahan lamalah.

Cubalah!!!

2 comments:

  1. anak acik, si Yanie berantu sambal blacan ni...tapi acik sndiri tk makan podeh...maka tk reti sgt buat sambal blacan utk dia..harapkan nenek dia la...hahah..
    tk pe...nnt nk terai resepi kak nora ni buat sambal kat dia..tkpun suh dia buat sendirik la..dah, dia yg nk makan..acik kalu buat...blasah je..cam yg mak acik buat..tpi dia tk goreng.
    thx kak nora..nnt terai.

    ReplyDelete
  2. Acik, Dah try sambal belacan special ni? Sedap tau. Cili api tu boleh dicampur dengan cili hidup merah, kurang pedas sikit. Bila nak hidang perah asam limau dan hirisan kulit buah limau tu. Best!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.