Macam-macam boleh dibuat daripada pisang, dari tradisional ke moden. Just name it: kek pisang, kerepek pisang (yang masin, yang manis), pingat pisang, goreng pisang, sebagai bahan puding raja, pisang bakar, apam balik pisang. Ah, apa lagi? Pada masa dulu, maybe today, ada ibu memberi anak-anak makan pisang bakar yang dihancurkan kepada anak-anak kecil. Budak-budak kat rumah ni suka jemput-jemput pisang especially kalau di cucuk dengan lidi (macam satay). Teringat saya pisang juga boleh dibuat lepat, lepat pisang. Lepat pisang ini ada dua jenis: yang biasa dan yang berinti (campuran kelapa parut dan gula melaka). Pisang juga boleh dibuat lempeng. Baru-baru ini saya baru tahu cara buat lempeng pisang ini. Ambil sedikit bancuhan pisang (yang dilenyek ) dengan kelapa parut, gula melaka, gula perang, tepung. Letakkan di antara dua helai daun pisang, dibakar di dalam kuali. Sedap nampaknya. tapi awas, walaupun pisang memberi tenaga, jangan makan banyak-banyak. Sebab? Pisang mengandungi banyak kanji dan gula. Manis, manis , manis. So penyakit diabetes mesti control makan pisang.
Itulah kisahnya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.