DYA

Bangunan yang tersergam tinggi ini ialah Kompleks Teruntum. Inilah shopping complex pertama orang di Kuantan. Dengar kata, kalau ada pemaju hendak bina bangunan, bangunan tersebut tidak boleh melebihi ketinggi kompleks ini. Punyalah megah bangunan ini as if to say "I'm the tallest of them all''. Pagi tadi saya ke Kompleks Teruntum bersama Hjh Fauzeyah, Pengetua bersara dan sahabat saya. Bukan nak shopping (tak ada yang menarik pun) tetapi pergi menjengok sebuah Spa yang diusaha oleh anak saudara Hjh Fauzeyah, Siti Saadiah (saya panggil dia , Yah)

Inilah dia Dya Beauty and Spa yang baru berusia 2 bulan. Actually, we can catagorised it as 'mini Spa'. Siti Saadiah binti Sheikh Omar ini dah lama berminat dalam bidang beauty- beauty ni. Sebelum berani buka Spa sendiri, Siti Saadiah buat secara mobile di rumah, kawan-kawan panggil, dia pergilah ke rumah kawanya itu buat facial, urut. Actually she's a full time housewife, with three kids, all school going age, tapi angan-angan dan cita-cita itu lama terpendam. Pernah jadi mak andam solek-menyolek pengantin. Pengalaman banyak, kawan-kawan ramai, peluang belum ada. Kursus banyak telah dihadiri dan terbaru Kursus Kecantikan SPA dan Urut Tradisional anjuran kerajaan di bawah Program Basmi Kemiskinan selama 3 bulan di Kolej Komuniti. Dengan sokongan suami dan keluarga, siapa lagi, mak dan aunty Fauzeyah dia lah,akhirnya dapatlah Yah bukalah Spa DYA ini.
Ini dia Dya sedang melayan client semasa kami di salon dia pagi tadi.

Saya : Yah, boleh Kak Nora ambil gambar?
Yah : Boleh.
Saya: Dik. akak ambil gambar ye?
Adik: Tak nak lah, malu.
Saya : Tak pe lah, orang tak kenal pun.

Well, Siti Sa'adiah (sebutan macam Ahmad Daud panggil 'Sa'adiah') all the best to you, good luck, semoga cita-cita untuk menadi usahawan berjaya, tercapai.
SPA Q jadi inspirasi ke?

6 comments:

  1. Salam Cikgu.

    Went tru ur blog..ramai nama2 kat sini sangat familiar. Cikgu faridah, Puan Rahimah and Cikgu Norehan adalah Cikgu-cikgu Favourite kami kat Afzan..Cikgu faridah (dulu MPK) plak ,kawan saya masa kat ITM..

    ..rasa macam 'balik kampung' ajer.

    ReplyDelete
  2. hehe..moga usahawan melayu ini akan terus berjaya dan berkembang.

    ReplyDelete
  3. salam kak...main lompat2 ni...terlompat ke sini..

    moga Dya akan bekembang pesat...amin..

    ReplyDelete
  4. Dear sherry-nor,
    Those teachers will be very happy to know that they are your fav.

    ReplyDelete
  5. Salam cen,
    InsyaAllah, itu yang diharapkan.

    ReplyDelete
  6. Salam maklang, Tak apa lompat dan singgah, tapak rumah maklang pun dah saya jejak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.